Laporan akhbar The Borneo Post bertarikh 10 Oktober 2014 |
BELAGA: Iman orang-orang Kristian di sini dikatakan sedang "diancam" oleh sekumpulan orang luar yang menukar agama mereka ke Islam dengan menawarkan mereka RM6,000 seorang, menurut seorang pemerhati Abun Sui Anyit.
Abun mengatakan bahawa kumpulan itu sedang aktif menukar agama penduduk-penduduk rumah panjang itu.
Dikatakan bahawa kumpulan itu akan melawat Punan Bah, Punan Biau, Uma Tanjung dan Nanga Merit atas nama lawatan muhibah dan kebajikan, dia menegaskan.
Aktiviti kumpulan ini sekarang tidak dapat dinafikan oleh pihak berkuasa kerana aktiviti dan pergerakan itu telah menjadi viral di Facebook dan Watsapp, kata Abun melalui siaran media semalam.
"Tidak dapat dinafikan bahawa majoriti penduduk rumah panjang yang telah dikunjungi dan akan dikunjungi oleh orang-orang luar ini, adalah yang termiskin. Dengan wang seperti itu, mereka mungkin dengan mudah dapat dipengaruhi dan ditipudaya," katanya.
"Oleh itu, sebagai salah seorang pemerhati Kristian di kawasan ini, saya mengambil serius mengenai pergerakan dan taktik-taktik orang-orang luar ini yang merugikan orang-orang Kristian," katanya dan menambah bahawa dia berharap tidak ada orang Kristian yang akan diperdaya oleh wang itu.
Abun menggesa orang-orang luar itu untuk menghentikan aktiviti-aktiviti mereka, terutama dengan cara tipu helah. Dia juga menggesa pihak berkuasa yang berkenaan untuk menyiasat aktiviti-aktiviti orang-orang luar yang mencurigakan ini.
"Kami percaya Kerajaan dan Jabatan Kebajikan terutamanya dapat menolong orang-orang kampung dan penduduk-penduduk rumah panjang yang miskin berkenaan kebajikan dan keperluan asas mereka dan tidak membiarkan orang-orang luar ini bertindak sesuka hati mereka," katanya.
(Diterjemah daripada artikel The Borneo Post bertajuk "Outsiders Converting Poor Christians In Belaga" bertarikh 10 Oktober 2014)