Orang-orang majuslah yang pertama menemui bayi yang dilahirkan untuk menjadi raja sejati orang-orang Yahudi. Mereka menjelajah dari Timur ke Yerusalem dengan mengikuti bintang-Nya (Matius 2:2). Apabila mereka akhirnya menjumpai bayi itu bersama dengan ibunya, mereka pun sujud dan menyembah Yesus. Mereka mengeluarkan harta mereka dan mempersembahkan kepada-Nya hadiah-hadiah emas, kemenyan dan mur (Matius 2:10-11).
Hadiah-hadiah yang berharga ini diberikan sebagai penghormatan kepada seorang raja di dunia purbakala. Namun begitu, para sarjana mengatakan bahawa tiga hadiah itu juga mengandungi erti simbolik mengenai Yesus.
Hadiah-hadiah yang berharga ini diberikan sebagai penghormatan kepada seorang raja di dunia purbakala. Namun begitu, para sarjana mengatakan bahawa tiga hadiah itu juga mengandungi erti simbolik mengenai Yesus.
Emas adalah simbol kerajaan dalam kemuliaan dan penghormatannya. Emas juga adalah bahan logam yang tidak berubah dan melambangkan sifat yang ada pada kebenaran. Hadiah emas kepada bayi Yesus melambangkan pemerintahan-Nya sebagai Raja Kebenaran.
Kemenyan melambangkan peranan Yesus sebagai imam yang membawa korban kepada Allah. Kemenyan frankincense adalah kemenyan yang paling popular digunakan oleh imam-imam - Yesus dilahirkan sebagai Imam Besar yang memberikan persembahan yang terbaik kepada Allah, korban mutlak hidup dan kasih.
Mur menubuatkan mengenai penderitaan dan kematian-Nya. Dia telah dikapan dengan diletak mur (Yohanes 19:39). Ianya juga mempunyai erti simbolik kehidupan kekal dan kebangkitan-Nya. Wanita-wanita yang membawa mur datang melawat kubur Yesus keesokan harinya, dan mendapatinya kosong! Yesus ialah Mesias yang sebenar dan memberi kita hidup yang kekal melalui kematian dan kebangkitan-Nya.
Walaupun orang-orang sebangsanya sendiri tidak mengetahui kelahiran raja sejati mereka, masih terdapat orang-orang yang takut akan Tuhan, yang menjumpai dan menyembah-Nya dengan hadiah-hadiah yang bermakna ini.
Marilah kita juga menyembah dan mengakui Yesus sebagai Raja Kebenaran, Imam Besar yang mengasihi kita, dan Kristus yang memberi kita hidup yang kekal!
(Diterjemah daripada artikel Christian Today bertajuk, "Why Did The Magi Bring Gold, Frankincense and Myrrh To Baby Jesus?" bertarikh 10 Disember 2014)