Khamis, 11 Disember 2014

"X" Dalam Xmas Bermaksud Kristus!


Mitos: "Xmas" ialah nama atau ejaan duniawi untuk "Krismas".

Yang sebenarnya, "Xmas" bukanlah versi duniawi untuk "Krismas". Huruf "X" itu sebenarnya menunjukkan huruf Yunani Χ (Chi), yang merupakan singkatan untuk perkataan Yunani Χριστός (Christos), yang bererti Kristus. Oleh itu "Xmas" dan "Christmas" adalah sama dalam segala aspek, yang berbeza hanya tulisannya sahaja.

Huruf X dalam "Xmas" datang dari huruf Yunani Χ (Chi), yang menjadi singkatan bagi Χριστός (Christos) yang bererti Kristus, dan sering digunakan oleh ahli-ahli agama masa dahulu.

Ternyata juga, sungguhpun panduan-panduan penulisan seperti yang diberikan oleh New York Times; BBC; The Christian Writer’s Manual of Style; dan Oxford Press tidak menggalakkan penggunaan Xmas dalam penulisan formal, pada suatu masa dulu, ianya adalah amalan yang sangat popular, terutama di kalangan penulis-penulis agama, yang dipercayai orang-orang yang telah memulakan penggunaan Xmas. Sesungguhnya, amalan menggunakan simbol "X" sebagai ganti nama Kristus telah diamalkan oleh sarjana-sarjana Kristian untuk sekurang-kurangnya 1,000 tahun. 

Akhirnya, huruf singkatan ini telah merebak kepada penulisan-penulisan bukan agama, di mana setiap kali "Christ" hadir dalam satu perkataan, kata Yunani "Chi" akan menggantikan bahagian perkataan itu. Sebagai contoh, dalam abad yang ke-17 dan ke-18, terdapat banyak dokumen bukan agama yang mengandungi perkataan "Xine", yang merupakan ejaan yang biasa dipakai untuk orang yang namanya Christine.

(Diterjemah daripada artikel laman Today I Found Out bertajuk "The 'X' In 'Xmas' Doesn't Take The 'Christ' Out Of 'Christmas'" penulisan Daven Hiskey)