Semasa melayari Facebook tadi, saya terlihat lagi carta ini mengenai bancian penduduk Sabah dan Sarawak dari 1970-2010.
Sebelum ini saya telah muatkan ke blog beberapa carta mengenai populasi Sabah dan Sarawak, carta-carta yang dihasilkan sendiri ataupun diambil dari sumber lain.
Namun begitu, saya belum pernah memuatkan carta ini (yang telah diterbitkan oleh The Malaysian Insider beberapa tahun lepas, dan dikemaskini dengan data 2010 dua tahun yang lepas).
Carta ini, pada pendapat saya, ialah carta terbaik dalam beberapa tahun ini, yang mengisahkan betapa besarnya masalah pertambahan penduduk yang "luar biasa" di Sabah dan kenapa perlu adanya RCI (Suruhanjaya Siasatan Di Raja) berkenaan perkara itu.
Carta ini, pada pendapat saya, ialah carta terbaik dalam beberapa tahun ini, yang mengisahkan betapa besarnya masalah pertambahan penduduk yang "luar biasa" di Sabah dan kenapa perlu adanya RCI (Suruhanjaya Siasatan Di Raja) berkenaan perkara itu.
Beberapa pemerhatian dapat diambil dari carta tersebut;
- Carta ini membabitkan banci selama 40 tahun dari 1970-2010
- Penduduk Sabah pada 1970 adalah 636,431 orang, kurang daripada penduduk Sarawak yang berjumlah 976,269 orang.
- Namun begitu penduduk Sabah telah bertambah menjadi 3,120,040 pada 2010, berbanding Sarawak yang bertambah menjadi 2,420,009 pada tahun yang sama.
- Ertinya, dalam tempoh 40 tahun, penduduk Sabah telah bertambah sebanyak 2,483,609 orang, berbanding pertambahan penduduk Sarawak seramai 1,433,740 orang.
- Dengan itu kadar peningkatan penduduk di Sabah adalah 390% dari 1970 ke 2010. Itu jauh melebihi kadar peningkatan penduduk Sarawak pada 148%.
- Kadar peningkatan penduduk Sabah (390%) juga jauh melebihi kadar peningkatan penduduk Malaysia secara keseluruhan (164%).
Laporan RCI mengenai Pendatang Asing Tanpa Izin dan pemberian IC palsu di Sabah telah pun dikeluarkan. Apakah tindakan kita selanjutnya?