Shamsi Ali berkata bahawa kalimah Allah tidak harus dikuasai oleh orang Islam - Gambar Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 21 Januari 2015 |
Penggunaan kalimah Allah tidak seharusnya dikhususkan hanya untuk orang-orang Islam, seorang imam Amerika berketurunan Indonesia menegaskan hari ini, dengan berkata bahawa itu adalah salah dan tidak dapat diterima.
"Allah adalah God, dan God adalah Allah. Saya tidak berhak untuk melarang sesiapa dari memanggil God 'Allah'," kata Shamsi Ali, pengerusi Masjid Al-Hikmah di Astoria, New York.
"Jika saya menghadkan kalimah Allah hanya untuk penggunaan 1.6 bilion orang Islam, ertinya saya memperendahkan kekuasaan Allah daripada menjadi Allah untuk 7 bilion orang," kata Shamsi, mempertahankan penggunaan kalimah Arab itu oleh orang-orang bukan Islam.
"Itu adalah salah dan tidak dapat diterima. Siapa yang memberi hak kepada orang-orang Islam untuk memiliki hak tunggal menggunakan kalimah itu?" Shamsi bertanya selepas mengambil bahagian di sebuah forum di kampus Universiti Teknologi Malaysia di Kuala Lumpur.
Shamsi berkata penggunaan kalimah itu adalah isu keagamaan yang tidak harus dipolitikkan.
"Ini adalah jawapan ikhlas saya dari sudut keagamaan dan tidak ada kena-mengena dengan politik."
Dia berkata bahawa apapun yang bersifat menentang mana-mana agama tidak harus diterima.
"Saya berpendirian bahawa apapun yang bersifat anti-agama adalah jenayah. Jika kawan Yahudi saya diserang, saya akan menolongnya, jika kawan Kristian saya diserang oleh orang lain, saya akan menolongnya juga.
"Al-Quran tidak menyangkal agama-agama lain, sebaliknya, ianya mengakui mereka," dia berkata.
Shamsi berkata satu-satunya sebab mengapa Allah menciptakan pelbagai ragam orang adalah supaya mereka belajar hidup berdamai satu dengan lain.
"Orang-orang Islam sering lupa bahawa ianya adalah satu cabaran untuk menukar cara pandang orang dari membenci kita kepada mengasihi kita."
Isu kalimah Allah telah menjadi hangat di Malaysia sejak 2009 apabila Kementrian Dalam Negeri melarang penggunaan kalimah itu dalam majalah mingguan Katolik, Herald.
Isu yang berpanjangan itu, yang telah membangkitkan kontroversi dan perbahasan yang hangat, akhirnya berkesudahan hari ini apabila Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan dari Gereja Katolik. - 21 Januari 2015.
(Diterjemah daripada artikel The Malaysian Insider bertajuk, "'Allah' Is For All, Says New York Imam" penuliosan Lee Shi-Ian dan Low Han Shaun bertarikh 21 Januari 2015)
(Diterjemah daripada artikel The Malaysian Insider bertajuk, "'Allah' Is For All, Says New York Imam" penuliosan Lee Shi-Ian dan Low Han Shaun bertarikh 21 Januari 2015)