Elizabeth Wong (Gambar The Star Online) |
Dalam kenyataan akhbar yang yang dikeluarkan pada petang Selasa, Exco Negeri Selangor itu mengatakan sejak 2008, semua gereja hanya perlu menghantar pemberitahuan kepada Jawatankuasa Negeri untuk Hal Ehwal Selain Islam (Hesi).
"Ini adalah berdasarkan prinsip bahawa Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan beragama.
"Oleh itu, kenyataan oleh pegawai perhubungan awam MBPJ hari ini, seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar bahawa gereja-gereja di bangunan pejabat perlu memohon permit adalah tidak tepat," katanya.
Pada hari Selasa, pegawai-pegawai MBPJ telah mengklasifikasikan gereja yang di tengah-tengah "protes salib" sebagai tidak berlesen kerana ianya tidak pernah menghantar permohonan bertulis untuk beroperasi sebagai tempat ibadah.
Ianya juga mengatakan bahawa gereja di Metro Square PJS2B/3 tidak memiliki permit untuk meletakkan salib pada bangunan.
Wong berkata tidak ada polisi seperti itu yang ditetapkan oleh jawatankuasa itu, dan pemberitahuan kepada jawatankuasa itu sudah mencukupi.
"Jika mana-mana majlis tempatan menghadapi isu atau pertanyaan, mereka harus merujuk kembali kepada Hesi.
"Bagaimanapun, terdapat panduan sedia ada mengenai bangunan ibadah bukan Islam yang terdiri sendiri yang meliputi permohonan tanah, penukaran status tanah, pembinaan bangunan, peruntuhan bangunan dan permohonan untuk dana," katanya.
Wong berkata kerajaan negeri mendapati bahawa penurunan salib secara paksa adalah perbuatan yang keji terhadap orang-orang Kristian dan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama.
"Dalam mesyuarat itu, kami menasihatkan gereja itu untuk meletakkan semula salib itu di tempat asal untuk menghentikan amalan paksaan melalui kumpulan pelampau yang berkepentingan politik.
"Pada waktu yang sama, kami menyeru Polis Di Raja Malaysia untuk mengambil serius perkara ini untuk memastikan keselamatan orang-orang yang beribadah dijaga pada setiap waktu dan supaya tidak berulang lagi kes yang sama di Selangor," kata Wong.
(Diterjemah daripada artikel The Star Online bertajuk, "Cross Protest: No Permit Needed For Churches To Operate Out Of Shophouses, Says State Exco Member" bertarikh 21 April 2015)
(Diterjemah daripada artikel The Star Online bertajuk, "Cross Protest: No Permit Needed For Churches To Operate Out Of Shophouses, Says State Exco Member" bertarikh 21 April 2015)