Selasa, 12 Disember 2017

Yosua 1:9 Adalah Ayat Alkitab Paling Dikongsikan Di Dunia Pada 2017


Bukankah telah Kuperintahkan kepadamu: kuatkan dan teguhkanlah hatimu? Janganlah kecut dan tawar hati, sebab Tuhan, Allahmu, menyertai engkau, ke mana pun engkau pergi. (Yosua 1:9)

Ayat Perjanjian Lama ini adalah yang paling kerap dikongsikan, ditanda bukukan, dan ditanda warnakan secara online (menurut App Alkitab Youversion yang popular). 

Arahan itu datang daripada Allah kepada Yosua sejurus selepas Musa meninggal dunia sambil Allah memberi dorongan kepada Yosua untuk memimpin umat-Nya. 

Carta ayat kegemaran negara-negara
(Ayat paling popular di Malaysia
dan Indonesia adalah Yer 29:11)

Pengasas App Alkitab Youversion, Bobby Gruenewald berkata, "Kami percaya bahawa Alkitab adalah sumber yang tak lapuk dek zaman untuk memberi kecekalan dan kekuatan."

"Kami rasa terdorong untuk melihat data tahun ini bahawa orang dari sekeliling dunia mendapat pengharapan dalam Firman Allah."

Sambil 2017 tiba ke penghujungnya, Youversion App Alkitab itu sudah mendekati 300 juta muat turun.


Bobby Gruenewald menambah, "Kita berada di detik yang penting dalam sejarah, dalam tahun-tahun kebelakangan ini, teknologi telah memungkinkan penterjemahan Alkitab yang lebih cepat daripada yang pernah berlaku sebelum ini. Ada suatu gerakan momentum yang mengkagumkan berkenaan usaha ini yang kami tidak akan hentikan sehingga setiap orang memiliki ayat-ayat Alkitab dalam bahasa yang terdekat di hati mereka."

"Apabila orang memasang App Alkitab ini, biasanya adalah kerana mereka ingin lebih membaca Alkitab, oleh itu kami menghabiskan banyak masa memikirkan bagaimana untuk memudahkan mereka melakukan apa yang mereka inginkan. Kami teruja bahawa angka penggunaan Alkitab kami bertambah secara berterusan." 

(App Alkitab Youversion pada waktu ini menawarkan teks Alkitab dalam 1,635 versi, mewakili 1,171 bahasa di dunia!)

(Diterjemah daripada artikel Premier Christian Radio bertajuk "Joshua 1:9 Most Shared Bible Verse of 2017" yang ditulis oleh Cara Bentley bertarikh 8 Disember 2017)