Khamis, 4 Januari 2018

Aplikasi Alkitab Ini Telah Dimuat Turun 300 Juta Kali Di Sekeliling Dunia!


Sembilan tahun yang lalu, aplikasi Alkitab YouVersion adalah di antara 200 app percuma yang pertama di Apple App Store yang baru dilancarkan. Dalam masa tujuh tahun, app itu telah dimuat turunkan 200 juta kali. Pada 2017, app Alkitab itu telah mencapai 300 juta jumlah muat turun.

"Kami percaya bahawa Alkitab adalah sumber yang tidak berkesudahan untuk kecekalan dan kekuatan," begitu dinyatakan oleh pastor inovasi Life.Church dan pengasas app Alkitab YouVersion, Bobby Gruenewald. "Kami digalakkan apabila melihat dari data tahun ini bahawa manusia dari sekeliling dunia telah mendapat pengharapan dalam Firman Allah."

App itu menawarkan 1,656 versi Alkitab dalam 1,186 bahasa pada 2017, meningkat dari 1,200 versi pada 2015. Bekerjasama dengan 10 agensi penterjemahan Alkitab yang utama - termasuk Wycliffe Bible Translators, Pioneer Bible Translators, dan United Bible Societies - YouVersion adalah sebahagian daripada gerakan untuk menterjemahkan Alkitab dalam 99.9% daripada bahasa-bahasa dunia menjelang 2033.


Kerjasama itu di kalangan agensi-agensi penterjemahan Alkitab, dipimpin oleh penderma-penderma utama, telah menggalakkan pemberi-pemberi dan telah membawa perubahan besar kepada usaha ini.

"Kita di detik yang penting dalam sejarah," kata Gruenewald. "Dalam tahun-tahun kebelakangan, teknologi telah menjadikannya mungkin untuk mempercepatkan penterjemahan Alkitab dengan kecepatan yang tak pernah dilakukan sebelum ini. Ada momentum besar dalam usaha ini yang kami tahu tidak akan berhenti sehingga setiap orang memiliki Alkitab dalam bahasa ibunda mereka."

App Alkitab itu telah dimuat turun di setiap negara, bertumbuh paling pesat di Angola (meningkat 733%), Mozambique (243%), Slovakia (235%), dan India (228%). Kadar muat turun mengalami pertambahan cepat di kawasan-kawasan yang mesra dengan Kristian (131% di Brazil) dan juga di kawasan-kawasan yang lebih menentang Kristian (155% di Iraq).

Pada tahun lepas, pengguna-pengguna app Alkitab telah berkongsi ayat 222 juta kali, dan telah menonjolkan, menanda bukukan dan mencatitkan ayat-ayat Alkitab 1.4 bilion kali. Dengan kata lain, pada setiap saat secara purata 10.8 ayat telah dikongsikan, 42.3 ditonjolkan, dan 2.8 ditanda bukukan.


Ayat kegemaran dunia pada tahun ini - diukur dengan kekerapan dikongsikan, ditonjolkan dan ditanda bukukan - adalah Yosua 1:9: "Bukankah telah Kuperintahkan kepadamu: kuatkan dan teguhkanlah hatimu? Janganlah kecut dan tawar hati, sebab TUHAN, Allahmu, menyertai engkau, ke manapun engkau pergi."

Empat belas daripada 35 negara yang disenaraikan oleh YouVersion lebih menggemari Yosua 1:9, termasuk Chile, Mesir dan Belanda.

Ayat paling popular di sekeliling dunia
pada tahun 2017 adalah Yosua 1:9

Yeremia 29:11 ("Sebab Aku ini mengetahui rancangan-rancangan apa yang ada pada-Ku mengenai kamu...") adalah yang paling popular di 10 negara. termasuk Kanada, Indonesia, Malaysia dan United Kingdom. 

Yohanes 3:16 ("Kerana begitu besar kasih Allah akan dunia ini...") adalah paling ditonjolkan, dikongsikan dan ditanda bukukan di Cambodia. Thailand dan Vietnam. Roma 8:28 ("Kita tahu sekarang, bahwa Allah turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia...") menduduki tempat teratas senarai di Amerika Syarikat, Romania, Rusia dan Taiwan.

Dan Roma 12:2 ("Janganlah kamu menjadi serupa dengan dunia ini...") adalah ayat yang paling banyak digunakan di New Zealand. 

"Apabila orang memuat turun Alkitab, biasanya adalah kerana mereka ingin lebih lagi membaca Alkitab, oleh itu kami meluangkan banyak masa memikirkan bagaimana memudahkan mereka untuk melakukan apa yang mereka inginkan," kata Gruenewald, dan menyatakan bahawa ciri-ciri yang membenarkan para pengguna melihat berapa hari mereka telah membaca Alkitab secara berturut-turut, berhubung dengan kawan-kawan melalui sebuah pelan bacaan Alkitab, dan mencari menurut topik, perasaan atau kisah Alkitab.


"Kami teruja bahawa angka penggunaan Alkitab bertambah secara berterusan kerana itu memberitahu kami bahawa kami sedang membantu orang untuk mencapai matlamat mereka."

Kejayaan tahun lepas adalah berikutan tahun 2016 yang mencatat rekod, di mana ayat paling popular adalah Roma 8:28. Tahun sebelumnya, para pengguna telah selesai 20 juta pelan bacaan Alkitab melalui app itu.

(Dipetik dan diterjemah daripada artikel Christianity Today bertajuk, "Do Not Be Discouraged’: YouVersion Bible App Tops 300 Million Downloads" yang ditulis oleh Sarah Eekhoff Zylstra bertarikh 3 Januari 2018)