Ahad, 16 September 2018

Perkara-Perkara Penting Daripada Perjanjian Malaysia 1963


Masih kurang jelas tentang apa yang ada dalam perjanjian itu? Kami telah meringkaskannya untuk anda.

1. Tidak seperti undang-undang Malaysia, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak boleh diubah oleh Parlimen Malaysia. Ini adalah kerana MA63 adalah perjanjian antarabangsa, dan bukan suatu undang-undang yang telah digubal di parlimen. Satu-satu caranya syarat-syarat dalam MA63 boleh dipinda adalah untuk semua pihak yang telah menandatanganinya datang bersama sebagai rakan setaraf dan memindanya. Secara praktik, itu akan bererti Sabah, Sarawak, kerajaan persekutuan, dan United Kingdom perlu datang bersama dan merundingkan semula syarat-syaratnya untuk mengubahkannya.

2. Sabah dan Sarawak adalah lebih daripada sekadar negeri di bawah Malaya. Di bawah MA63, Sabah dan Sarawak adalah rakan setaraf dalam pembentukan Malaysia dan bukan salah sebuah negeri seperti di semenanjung. Ini bermakna Sabah dan Sarawak mempunyai autonomi tambahan berkenaan pentadbiran tanah dan imigresen.

3. Tidak harus ada agama rasmi. Penduduk-penduduk tempatan khuatir samada peranan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu akan membawa kesan kepada kebebasan beragama jika Sarawak menjadi sebahagian daripada Malaysia. Ianya menyatakan bahawa kebebasan beragama yang sepenuhnya akan dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan bahawa 'Sarawak pada waktu ini tidak ada agama rasmi dan bahawa ianya tidak akan dikehendaki untuk menerima Islam sebagai agama rasminya..'

4. Sabah dan Sarawak mempunyai hak untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam dewan undangan negeri dan prosiding mahkamahnya. Artikel 161(1) melarang apa pun undang-undang yang menghadkan hak Sabah dan Sarawak untuk menggunakan Bahasa Inggeris untuk tujuan rasmi sehinggalah 10 tahun selepas 16 September 1963. Sehingga ke hari ini, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 belum lagi dikuatkuasakan di Sarawak. Itu bererti ianya masih belum lagi wajib untuk Sarawak menggunakan Bahasa Malaysia dalam jabatan kerajaan dan kementrian negerinya. 

5. Sarawak dan Sabah mempunyai undang-undang imigresen mereka sendiri. Sarawak dan Sabah mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang berkenaan imigresen ke negeri-negeri mereka. Itulah sebabnya rakyat Malaysia dari Semenanjung perlukan permit jika mereka ingin bekerja atau belajar di Sarawak atau Sabah, dan mereka yang dalam lawatan singkat ke Sarawak dan Sabah perlu mengisi borang imigresen untuk pas lawatan 90 hari. Sekatan itu telah dinyatakan dalam Seksyen 66, Akta Imigresen 1959/1963, dan telah disertakan kerana MA63. 

(Diterjemahkan daripada artikel The Star bertajuk, "Key Points From The Malaysia Agreement 1963" bertarikh 16 September 2018)

Nota: Di Sabah, dua enakmen mengenai bahasa dan agama telah diluluskan di dewan undangan negeri Sabah semasa pemerintahan USNO di bawah pimpinan Tun Datu Haji Mustapha:
- Pada 1971, enakmen untuk mengiktirafkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi Sabah telah diluluskan.
- Pada 23 September 1973, enakmen untuk menetapkan Islam sebagai agama rasmi Sabah telah diluluskan.