Rabu, 11 Disember 2013

Tonton Bagaimana Agama-Agama Besar Dunia Telah Berkembang Dalam 5,000 Tahun Yang Lepas Dalam Masa 2 Minit




Kisahnya berterusan. Ceritanya masih ditulis. Jiwa-jiwa masih di ambang hidup dan maut.

"Ramai orang masih menunggu di sebalik kepatuhan kita" - David Joannes

Peta ini memberikan pandangan yang menarik bagaimana agama-agama besar dunia telah berkembang dalam tempoh 5,000 tahun yang lepas dalam masa 2 minit. 

Tetapi hakikatnya, mesej penyelamatan Tuhan belum lagi menyelubungi setiap penjuru dunia.




Pada tahun 1976, dianggarkan terdapat 17,000 suku bangsa yang belum dijangkau di bumi. Pada hari ini terdapat lebih dari 6,000 suku kaum yang belum terjangkau. Itu adalah kemajuan! Tetapi tugas untuk membawa Injil kepada setiap kaum etnik masih belum selesai.

Jadi inilah soalanku: Bagaimanakah anda terlibat dalam misi global? Aku percaya bahawa setiap orang mempunyai peranan bukan sahaja dalam misi tempatan, tetapi juga dalam memperluaskan pelayanan misi tempatan ke penjuru bumi. Anda boleh bekerjasama dengan badan misi seperti Within Reach Global melalui doa dan pemberian anda. Kami akan pergi ke negara-negara Asia Tenggara di mana orang tidak pernah mendengar nama Yesus.


(Dipetik dan diterjemah daripada artikel laman David Joannes bertajuk "Watch How The Major Religions Of The World Spread Over The Past 5,000 Years In Under 2 Minutes" bertarikh 25 November 2013)