Sabtu, 27 September 2014

Bethany Hamilton Dan Suami Menyertai Amazing Race

Adam Dirks dan Bethany Hamilton menyertai Amazing Race

Bethany Hamilton dan suaminya Adam Dirks, mengaku mereka bersama-sama telah mengalami cabaran-cabaran yang cukup mencabar sebagai peserta Amazing Race yang disiarkan di rangkaian CBS malam ini. 

Rancangan televisyen itu membawa peserta-peserta berlumba dalam perlumbaan 25 hari yang memenatkan di sekeliling dunia dalam usaha memenangi hadiah $1 juta.

Di setiap negara, sebelas pasukan itu perlu menamatkan cabaran-cabaran yang menguji keupayaan mental dan fizikal mereka.




Adam memberitahu Inside Edition bahawa dia menyedari sebelum memasuki perlumbaan bahawa ianya akan benar-benar menjadi ujian bagi hubungan mereka. Pasangan itu kedua-duanya adalah Kristian yang komited dan telah berkahwin tahun lepas. 

"Perlumbaan ini seakan menguji dengan api hubungan anda sebab anda akan muncul darinya samada lebih kuat atau terpecah belah," kata Dirks.

Pasukan Adam dan Bethany
"Bethany begitu kuat dalam setiap cabaran. Dia menghadapi terus, tidak takut apa yang akan datang,  dan kami berpasangan dengan baik. Aku teruja dialah rakan pasukanku dan isteriku!"

Bethany terpaksa belajar dari usia muda bagaimana untuk mengatasi cabaran setelah kehilangan lengannya apabila diserang ikan jerung pada usia 13 tahun. Meskipun memiliki kecacatan secara fizikal, dia meneruskan usaha dan mencapai impiannya menjadi peluncur air profesional.

Bethany berkata dia telah menjadi lebih yakin akan kebolehannya setelah mengambil bahagian dalam rancangan televisyen ini.

"Anda belajar bagaimana menyesuaikan diri dan terutama dalam pengembaraan, anda perlu menyesuaikan diri dengan pelbagai budaya dan apa yang anda lakukan. Selepas kami menyertai perlumbaan, ianya mengenai menyesuaikan diri dengan cepat walau apapun yang kami hadapi," kata Bethany. 

Bethany Hamilton bersemangat
bersaing dalam Amazing Race
walaupun mengalami kesulitan
"Berpasukan dengan Adam sungguh hebat sebab kami mempunyai kekuatan yang berbeza... kami tahu kami perlu memiliki strategi untuk halangan dan penyimpangan yang berbeza dengan aku mengambil cabaran tertentu dan dia melakukan yang lain, untuk mengambil jalan selamat... Ada beberapa kali aku mula melakukannya tetapi ianya cukup mencabar dengan hanya sebelah lengan."

(Diterjemahkan daripada artikel Christian Today bertajuk "Bethany Hamilton And Her Husband Say They're Stronger After Tough Amazing Race TV Challenge" penulisan Cath Martin bertarikh 26 September 2014)