Berikut perkembangan terbaru isu acara Krismas tidak dibenarkan di kampus Universiti Malaysia Sabah (diambil dari Facebook Datuk Madius Tangau, Ahli Parlimen Tuaran):
Kita mengucapkan terima kasih kepada Datuk Mary Yap, Timbalan Menteri Pendidikan 1, yang telah membantu menyelesaikan perkara ini. Juga berterima kasih kepada Profesor Datuk Dr. Harun, Naib Canselor UMS di atas kelulusan untuk acara Krismas tersebut.
Namun begitu, masih terdapat beberapa persoalan yang masih belum terjawab dari isu ini;
- Mengapakah sebelum ini, pihak UMS tidak mengizinkan acara Krismas diadakan di kampus, dan hanya meluluskan acara Krismas dengan syarat ianya diadakan di luar kampus?
- Mengapakah perayaan keagamaan lain seperti perayaan Muslim, Buddha dan Hindu dibenarkan di kampus, tetapi perayaan Krismas tidak dibenarkan?
- Mengapakah perkara ini diulangi tahun demi tahun? (Menurut YB Madius, perayaan Krismas telah diadakan di luar kampus sekurang-kurangnya dua tahun, dan keterangan pelajar-pelajar universiti bahawa sejauh ingatan mereka bahawa acara Krismas tidak pernah dibenarkan di kampus).
Mungkin pihak pentadbiran UMS dapat memberi jawapan yang memuaskan atas persoalan-persoalan ini.