Ps. Phlip Mantofa bersama ahli-ahli keluarga dan sanak saudara mangsa nahas AirAsia QZ8501 (Gambar dari laman Facebook Mattheus van der Steen bertarikh 1 Januari 2015) |
Nahas AirAsia Penerbangan QZ8501 telah membawa kesan mendalam kepada masyarakat Kristian yang besar jumlahnya di Surabaya. Sebuah gereja dikatakan telah kehilangan sekurang-kurangnya 41 anggotanya.
Daripada 155 penumpang yang menaiki Penerbangan QZ8501, ramai adalah penganut Kristian berbangsa Cina.
Philip Mantofa, seorang pastor di Gereja Mawar Sharon di bandaraya itu, terkejut apabila mendapat tahu mengenai kehilangan anggota-anggota gerejanya, begitu dilaporkan oleh The New York Post.
Gereja itu yang memiliki lebih kurang 30,000 anggota, adalah salah satu yang terbesar di Asia, dengan banyak cawangan di Indonesia.
Pastor Mantofa, yang memimpin doa untuk sanak saudara di sebuah ruangan menunggu di lapangan terbang Surabaya pada hari Rabu, menggesa kepada mereka agar tidak goyah dalam iman meskipun berlaku tragedi tersebut.
"Ada perkara yang sukar difahami oleh kita tetapi Allah lebih besar dari segala ini," Pastor Mantofa telah mengatakan.
Ramai anggota gereja pergi ke Singapura yang berdekatan semasa cuti, dia mengatakan seperti dilaporkan oleh laman The Christian Examiner.
Gereja Bethany, sebuah lagi gereja yang ternama di bandaraya itu, yang terletak di kawasan mewah di pinggiran Surubaya kehilangan sekurang-kurangnya lima orang yang merupakan sebahagian daripada keluarga-keluarga yang mengikuti ibadah di gereja itu.
Ahli-ahli gereja mendapat maklumat itu daripada senarai nama penumpang pesawat yang telah dikeluarkan pada hari Ahad, begitu dilaporkan oleh The Times. Pastor gereja, Deddy, yang biasa dikenali dengan panggilan nama itu, telah mengatakan bahawa nahas itu adalah tragedi bagi seluruh Indonesia.
"Kita dapat mengagak daripada nama-nama itu bahawa ramai daripada mereka adalah Kristian dan berbangsa Cina." - The Straits Times / ANN.
(Diterjemah daripada artikel The Star bertajuk "Surabaya Christians Badly Hit, With One Church Losing 41 Members" bertarikh 2 Januari 2014)