Beberapa hari sebelum permulaan tahun baru, NBC Nightly News with Brian Williams telah menyiarkan laporan dua bahagian bertajuk "Kuasa Doa" - satu gambaran keseluruhan mengenai bukti-bukti perubatan yang menunjukkan hasil positif, dan mukjizat dari doa orang-orang Kristian.
Program harian sebelah malam itu, dengan lebih dari 9.3 juta penonton secara purata, adalah siaran berita yang paling banyak ditonton di Amerika Syarikat.
Dalam laporan itu, wartawan Cynthia McFadden menemubual Father John Murray - seorang paderi Katolik yang mengejutkan para doktor apabila pulih dari kelumpuhan yang teruk. Satu-satunya punca yang dapat dijelaskannya ialah doa yang tertumpu dan berterusan dari jemaat dan dirinya.
"Saya telah lumpuh dari dada ke bawah," kata Murray. "'Anda tidak dapat mengharapkan sebarang pergerakan': itulah yang telah dikatakan doktor." Sejak itu, dia telah mengalami kesembuhan yang hampir sepenuhnya.
McFadden juga bercakap dengan Dr. Harold Koening, Pengarah di Duke University untuk Pusat Kerohanian, Teologi dan Kesihatan. Penyelidikannya yang meluas ke atas 4,000 kertas kajian berkenaan kesihatan dan kerohanian telah mengubah pemikirannya mengenai kepentingan doa. Seorang tamu lain, Dr. Richard Sloan, memberikan pendapat yang bertentangan; dia menyeru agar profesional perubatan tidak menggalakkan doa.
Laporan itu diterbitkan sementara tiga denominasi gereja kebangsaan - Assemblies of God, Southern Baptist Convention, dan Church of God in Christ - melancarkan jangka waktu doa yang berfokus, terutamanya pada permulaan tahun.
Di kawasan sekeliling Washington, DC, satu perkumpulan doa gabungan yang dipanggil OneVoiceDC akan menggabungkan gereja-gereja setempat, kumpulan-kumpulan dan pelayanan-pelayanan pro-kehidupan pada hari Rabu, 21 Januari 2014 untuk malam doa serta pujian dan penyembahan.