Rabu, 4 Februari 2015

Syarikat Sweden Memperkenalkan Implan Mikro Cip Dalam Tangan Kepada Pekerja-Pekerja Di Stockholm Epicenter

Syarikat Sweden memperkenalkan penggunaan mikro cip sebagai ganti kad pengenalan untuk pekerja-pekerja di Stockholm Epicenter. Mikro cip radio-frequency identification (RFID)
dimasukkan di bawah kulit di antara ibu jari dan jari telunjuk

STOCKHOLM, 2 Feb - Para pekerja di sebuah syarikat berteknologi tinggi Sweden kini sedang menggunakan mikro cip radio-frequency identification (RFID) sebagai ganti kad pengenalan. Teknologi itu memberi kebenaran masuk kepada pekerja-pekerja yang sah ke dalam kompleks bangunan Stockholm Epicenter melalui pintu dan kepada mesin fotostat bangunan itu. 

BioNyfiken, sebuah kumpulan biohacking Sweden, bertanggungjawab menghasilkan dan memasukkan mikro cip itu di bawah kulit. Menurut kumpulan itu, alat itu membolehkan pengesahan para pekerja Epicentre dengan lebih cepat dan tepat. Seramai 400 pekerja akan diberi pilihan untuk dimasukkan cip yang kecil itu ke dalam tubuh mereka. Sementara ini, para pekerja hanya dapat akses melalui pintu dan mesin fotostat dengan alat implan itu, tetapi akhirnya, mikro cip itu akan boleh digunakan untuk membayar makanan di kafetaria dan akses ke komputer peribadi.


Kapsul RFID yang sebesar sebutir beras akan dimasukkan ke dalam kulit

Kapsul kecil itu (sebesar sebutir beras) dimasukkan ke dalam kulit di antara ibu jari dan jari telunjuk dengan suntikan jarum yang khas. Bersama dengan mikro cip, kapsul itu juga mengandungi satu lingkaran antena tembaga, satu kapasitor dan lapisan luar yang sesuai yang diperbuat daripada kaca atau polimer polipropilin.  

Kapsul itu tidak mengandungi sumber kuasa dalaman dan bergantung kepada pengimbas optik (scanner) untuk membekalkan cajnya. Apabila kapsul itu diimbas oleh pengimbas optik (scanner), pengimbas optik itu akan menghantar isyarat radio tahap rendah. Kapasitor yang bersebelahan dengan mikro cip menghantar aliran elektrik ini kepada mikro cip, yang kemudiannya mengeluarkan maklumat. Mikro cip itu menyimpan kod angka yang unik yang berfungsi sebagai kata laluan yang panjang. Mikro cip itu kemudiannya menggunakan antena untuk menghantar kod angka yang unik itu kepada pengimbas optik. 

Pengasas BioNyfiken, Hannes Sjoblad, menjangka teknologi itu akan mendapat pasaran yang semakin besar dengan pihak kerajaan dan syarikat-syarikat teknologi yang besar seperti Google dan Facebook. Dia memberitahu BBC bahawa program yang dilaksanakan di Epicenter secara asasnya menyediakan kita semua untuk masa depan di mana implan secara rutin menjadi kenyataan. 


Wartawan BBC. Rory Cellan-Jones yang membuat liputan mengenai program implan mikro cip
di Epicentre Stochholm juga diberi suntikan untuk memasukkan mikro cip di tangannya.

(Diterjemah daripada artikel The Malay Mail bertajuk, "Swedish Company Implants Microchip In Employees' Hands" bertarikh 2 Februari 2015)

---------------------

Akhir zaman semakin dekat. Antara tanda-tanda akhir zaman ialah tanda di tangan dan dahi manusia yang dinubuatkan dalam Alkitab dua ribu tahun yang lalu.

Dan ia menyebabkan, sehingga kepada semua orang, kecil atau besar, kaya atau miskin, merdeka atau hamba, diberi tanda pada tangan kanannya atau pada dahinya, dan tidak seorangpun yang dapat membeli atau menjual selain dari pada mereka yang memakai tanda itu, yaitu nama binatang itu atau bilangan namanya. (Wahyu 13:16-17)

Dan seorang malaikat lain, malaikat ketiga, menyusul mereka, dan berkata dengan suara nyaring: "Jikalau seorang menyembah binatang dan patungnya itu, dan menerima tanda pada dahinya atau pada tangannya, maka ia akan minum dari anggur murka Allah, yang disediakan tanpa campuran dalam cawan murka-Nya; dan ia akan disiksa dengan api dan belerang di depan mata malaikat-malaikat kudus dan di depan mata Anak Domba. (Wahyu 14:9-10)