Ahad, 21 Julai 2024

Adakah Tuhan Telah Selamatkan Trump?

Bekas Presiden Donald Trump yang tertembak di telinga bangkit selepas cubaan membunuhnya

Oleh Tom Basile:

Kepalanya tertoleh sedikit. Kurang daripada setengah inci. Itulah yang menjadi perbezaan di antara hidup dan matinya mantan Presiden Donald Trump pada 13 Julai di sebuah padang di Pennyslvania. Inilah fakta yang menginsafkan yang akan dia hemati dan bergelut dengan sepanjang usianya.

Sesetengah orang percaya bahawa Tuhan telah campur tangan pada ketika itu. Mereka betul. Akan ada juga orang yang menghina dan memperlekehkan pengucapan iman di Persiangan Nasional Republican. Mereka akan mendeklarasikan bahawa adalah tidak masuk akal bahawa Tuhan telah menyelamatkan Trump daripada cubaan pembunuhan. 

Mereka akan bertanya bagaimana mungkin Tuhan akan menyelamatkan seorang tokoh yang tidak sempurna dan yang berkontroversi. Dengan menyatakan begitu, mereka bukan sahaja menunjukkan betapa kurangnya pengetahuan Alkitab mereka, tetapi juga betapa kurangnya pengetahuan mereka mengenai apa yang menjadikan Amerika Syarikat negara yang luar biasa.

Jika anda percaya akan adanya Tuhan. Jika anda percaya bahawa Amerika bukanlah negara yang biasa-biasa sahaja. Jika anda percaya bahawa kita adalah "harapan terbaik yang terakhir di bumi" yang membentengi kekuasaan kuku besi, seperti yang telah dideklarasikan dengan tepat oleh Presiden Amerika Syarikat. Dengan itu adalah benar-benar masuk akal dan perlu bahawa Tuhan Maha Kuasa ada peranan dalam urusan-urusan kita.

Ketika sedang menoleh kepala ke kanan, Donald Trump telah terselamat dari tembakan maut 

Begitulah keyakinan kukuh George Washington yang pernah menulis mengenai peristiwa-peristiwa terlepas dari maut. "Hanya dengan perlindungan yang diberikan oleh Yang Maha Kuasa, saya telah dilindungi jauh melebihi jangkaan dan kemungkinan manusia: sebab saya mengalami empat peluru tertembak menembusi jaket saya, dan dua kuda tertembak di bawah saya, namun saya telah terlepas tanpa cedera, meskipun maut telah menggugurkan rakan-rakan di sekeliling saya."

Menurut Gallup, lebih daripada 80% rakyat Amerika percaya kepada Tuhan. Walaupun bilangan itu telah jatuh sedikit sebanyak sejak dekad yang lepas, gagasan bahawa manusia adalah hasil ciptaan suatu Kuasa yang lebih besar adalah merupakan gagasan yang diterima secara umum. Itu adalah petanda baik mengenai masa depan Amerika yang dibimbing oleh Perlembagaan yang telah dibentuk menurut John Adams bagi umat yang bermoral dan berpegang pada agama. 

Allah di syurga dan Kristus sewaktu di bumi sering telah memanggil orang-orang yang paling tidak mungkin, tidak rela dan tidak sempurna untuk diberi kesempatan membawa mesejnya.  

Encik Trump mungkin bukanlah seorang nabi, tetapi dia kini telah di disentuh dengan suatu detik dalam hidupnya yang telah menggegarkan seluruh jiwanya. Tidaklah bodoh untuk memikirkan bahawa dia telah diberi suatu kesempatan yang luar biasa. 

Foto menunjukkan peluru dari penembak yang cuba membunuh bekas Presiden Trump

Sebagai sebuah negara dan umat yang beriman, kita percaya ada sebabnya, perkara-perkara ini terjadi. Perhubungan kita dengan Tuhanlah yang telah menjadikan kita adil dan kuat, walaupun dengan segala ketidaksempurnaan kita. Sebab "di mana ada Roh Tuhan, di situ ada kemerdekaan."

Kita hidup dalam negara di mana falsafah ateisme sedang merebak seperti lipas dalam institusi-institusi kita yang yang paling penting dan suci. Tidak pernah dalam sejarah Amerika di mana orang-orang fahaman Marxisme dan golongan sosialis memiliki begitu banyak kuasa, wang dan pengaruh,

Orang-orang yang berpegang pada Alkitab percaya Tuhan memakai sesetengah di kalangan kita untuk membawa kesan dalam kerajaan-Nya. Di penjuru kerajaan yang kita diami, adalah suatu perjuangan menentang kuasa-kuasa yang memiliki sudut pandangan yang amat bertentangan mengenai cara paling baik untuk memperkasakan dan memajukan keadaan manusia.

Kata-kata dari 2 Tawarikh 7:14 memberitahu kita, "dan umat-Ku, yang atasnya nama-Ku disebut, merendahkan diri, berdoa dan mencari wajah-Ku, lalu berbalik dari jalan-jalannya yang jahat, maka Aku akan... memulihkan negeri mereka."

Negara kita - tanahair kita - memerlukan penyembuhan, dan dalam perjalanan kepada pemulihan itu akan ada pelajaran-pelajaran yang sukar dipelajari dan orang-orang yang terpanggil untuk memimpin pejuangan itu.

Adakah penembakan itu suatu detik "jalan ke Damsyik" untuk Encik Trump? Mungkin terlalu awal untuk kita ketahui. Tetapi sebarang fikiran bahawa tangan Tuhan telah menyelamatkannya harus membuat kita memikirkan, "Untuk tujuan apakah yang besar?"


Setiap kita memiliki misi yang telah diberikan Tuhan kepada kita. Sesetengah misi itu akan membawa kesan kepada jutan orang. Yang lainnya membawa kesan kepada kekalan dengan cara yang biasa, senyap dan tidak menarik perhatian. 

Tetapi setiap misi itu adalah sebahagian daripada kisah agung Penciptaan.

Detik-detik seperti ini mengingatkan kita akan kata-kata Kardinal John Henry Newman: "Tuhan telah mencipta saya untuk melakukan suatu perkhidmatan yang tertentu. Dia telah menyerahkan sesuatu tugas kepada saya, yang Dia tidak berikan kepada orang lain. Saya ada misi saya. Mungkin saya tidak mengetahuinya dalam hidup ini, tetapi saya akan diberitahukannya dalam hidup akan datang."

Donald Trump masih bersama kita untuk sesuatu sebab. Ini bukanlah suatu yang terjadi secara kebetulan dalam sejarah. 

- Tom Basile adalah hos "America Right Now" di Newsmax TV dan seorang penulis rencana di Washington Times.

(Diterjemahkan daripada artikel The Washington Times bertajuk, "Yes, God Saved Trump" yang ditulis oleh Tom Basile bertarikh 19 Julai 2024)