Jumaat, 27 Jun 2014

Lucio: "Aku Memerlukan Allah Dalam Hidupku"

Lucio mengangkat tangan memuliakan Tuhan

Ketika mantan kapten Brazil Lucimar Ferreira da Silva, atau lebih dikenal di dunia bola sepak dengan nama Lúcio, sedang mengingat kembali kejayaan Brazil di Piala Dunia 2002 di Jepun, fikirannya membayangkan perasaan yang dialaminya saat ia membawa negaranya yang gila bola itu meraih kejuaraan yang paling diidam-idamkan dalam dunia sukan.

Hal itu membuatnya berfikir tentang apa yang terpenting dalam hidupnya.

Rabu, 25 Jun 2014

Berdoa Untuk Negara...

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah membuat rombakan Kabinet. Berikut ialah senarai jemaah menteri yang diumumkan hari ini.

Pertama-tama aku menasihatkan: Naikkanlah permohonan, doa syafaat dan ucapan syukur untuk semua orang, untuk raja-raja dan untuk semua pembesar, agar kita dapat hidup tenang dan tenteram dalam segala kesalehan dan kehormatan. (1 Tim 2:1-2)

Iman Dalam Pasukan Brazil Di Piala Dunia 2002

Pasukan Brazil memenangi Piala Dunia 2002 di Korea-Jepun

Piala Dunia 2002 tidak sepatutnya pertandingan milik Brazil. Pasukan Argentina yang kuat dibarisi pemain-pemain seperti Batistuta dan Veron kelihatannya tidak dapat dikalahkan, sementara Brazil pula nyaris-nyaris tidak melayakkan diri. Namun begitu pasukan La Selecao ini mendapat undian yang menguntungkan, dan bermain menentang China, Turki dan Costa Rica di peringkat kumpulan. 

Selepas mengalahkan tiga pasukan ini, pasukan Brazil seterusnya bermain dengan Belgium dan kemudiannya England di peringkat suku akhir. Dalam separuh akhir, mereka bertemu lagi dengan Turki dan cuma meraih kemenangan 1-0. 

Selasa, 24 Jun 2014

Apa Kata 3 Hakim Yang Sokong Rayuan Kalimah Allah

Istana Kehakiman di Putrajaya (foto dari laman Loyarburuk)

Mahkamah Persekutuan semalam menolak rayuan permohonan Gereja Katolik menggunakan kalimah Allah dalam akhbar mingguan Herald . Berita semalam boleh dibaca di sini

Empat daripada panel 7 hakim memutuskan Mahkamah Rayuan telah mengambil tindakan tepat mengharamkan penggunaan perkataan itu dalam akhbar berkenaan. Tiga hakim bagaimanapun, memihak kepada gereja.

Apakah kata tiga hakim yang menyokong permohonan rayuan itu?

Wanita Kristian Sudan Yang Dihukum Mati Kerana Imannya, Telah Dibebaskan Berikutan Desakan Antarabangsa

Foto perkahwinan Daniel Wani dan Meriam Yahya

Dalam satu contoh ulung bahawa bersuara itu membawa kesan: wanita Kristian Sudan, Meriam Yahya Ibrahim akhirnya telah diperintah untuk dilepaskan dari penjara, mengikut laporan The Independent

Kes itu telah menimbulkan kemarahan di peringkat antarabangsa, dan seruan bersama daripada orang ramai dan pihak berkuasa di sekeliling dunia, apabila ibu berusia 27 tahun yang mempunyai seorang anak dan sedang mengandung itu didakwa "murtad" dari Islam dan dipenjarakan - bersama dengan anak lelakinya yang masih kecil - meskipun dia sedang mengandung lapan bulan.

Isnin, 23 Jun 2014

Putrajaya Hormat Keputusan Mahkamah, Kristian Masih Boleh Guna Kalimah Allah Di Gereja

Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya

Kalimah Allah masih boleh digunakan di gereja oleh penganut Kristian kerana keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini hanya melarang penerbitan mingguan Herald menggunakan perkataan itu, kata Putrajaya.

Kenyataan dua perenggan yang dikeluarkan Putrajaya hari ini berkata, kerajaan turut menghormati keputusan mahkamah tersebut tersebut.

“Keputusan itu hanya terpakai untuk akhbar Herald daripada menggunakan perkataan Allah. Kristian Malaysia masih boleh menggunakan kalimah Allah di gereja," kata kenyataan yang dikeluarkan petang tadi, di Kuala Lumpur.

CFM: Larangan Guna "Allah" Hanya Untuk Herald

NGO Islam yang berkumpul di luar Istana Kehakiman, Putrajaya

Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) menegaskan bahawa masyarakat Kristian akan terus menggunakan kalimah “Allah” kecuali dalam penerbitan Katolik The Herald.

Pengerusi CFM Eu Hong Seng berkata, Peguam Negara sebelum ini sudahpun menyatakan bahawa keputusan mahkamah hari ini hanya berkait dengan penggunaan kalimah “Allah” dalam akhbar tersebut.

Kenyataan Media Persekutuan Kristian Malaysia - Kecewa Dengan Keputusan Mahkamah Persekutuan

Kenyataan Media Persekutuan
Kristian Malaysia, 23 Jun 2014
Persekutuan Kristian Malaysia (Christian Federation of Malaysia) telah mengeluarkan kenyataan media mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan pagi tadi yang menolak pendengaran rayuan Ketua Biskop Gereja Roman Katolik terhadap penggunaan kalimah Allah. Kenyataan media tersebut telah dikeluarkan Reverend Eu Hong Seng, selaku Pengerusi dan mewakili Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Kristian Malaysia (diperolehi dari slideshare Ps. Sivin Kit):

Gereja Katolik Kecewa Mahkamah Tolak Rayuan Kalimah Allah

Father Lawrence Andrew dikerumuni wartawan di Istana Kehakiman

Gereja Katolik kecewa apabila empat hakim menolak permohonan mereka untuk menggunakan kalimah Allah dalam akhbar mingguan mereka, Herald.

"Empat hakim tersebut yang tidak membenarkan permohonan kami telah bercakap tentang perkara yang tidak menyentuh mengenai hak asasi kumpulan minoriti," kata Ketua Pengarang Herald, Father Lawrance Andrew hari ini, di luar mahkamah.

Beliau berkata, peguam gereja akan mempertimbangkan untuk menyemak semula keputusan tersebut.

Larangan Guna "Allah" Kekal, Perjuangan Gereja Katolik Tamat

Father Lawrence Andrew, pengarang mingguan "Herald" dikelilingi oleh wartawan
selepas keputusan Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman, Putrajaya hari ini

Perjuangan Gereja Katolik Malaysia untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan mingguan mereka, Herald, tamat hari ini selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan mereka mendapatkan kebenaran untuk merayu terhadap larangan itu.

Empat daripada tujuh panel hakim menolak permohonan gereja itu untuk merayu, dengan memetik Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang tepat untuk melarang penggunaan itu dalam terbitan mingguan Katolik berkenaan.

Khamis, 19 Jun 2014

Rujuk Isu Rampasan Bible Kepada Pendakwa Raya, Titah Sultan Selangor



Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dititahkan Sultan Selangor supaya merujuk isu Bible yang dirampas dengan pihak pendakwa raya.

Dalam kenyataan hari ini, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, baginda bertitah supaya kemelut melibatkan Bible yang dirampas daripada Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) itu diselesaikan menerusi proses mahkamah.

Isnin, 16 Jun 2014

Pemain-Pemain Kristian Yang Bakal Menyerlahkan Piala Dunia 2014 Di Brazil



Pemain Brazil, Edmilson menjulang tinggi
piala kemenangan selepas Brazil menjuarai
Piala Dunia 2002 di Korea dan Jepun
Peminat lama bola sepak tentu masih mengingati detik sewaktu Brazil memenangi Piala Dunia 2002 di Jepun. Pasukan itu berlutut untuk doa kesyukuran, dan di atas podium kejuaraan, sebilangan daripada pemain-pemainnya memakai baju dengan slogan "I belong to Jesus" dan "Jesus loves you."

Piala Dunia 2014 - ianya dipertandingkan empat tahun sekali - bermula di Sao Paolo pada 12 Jun, dengan 32 pasukan bertanding untuk tempoh sebulan. Brazil, pasukan tuan rumah, adalah pasukan pilihan untuk merangkul piala kejuaraan untuk rekod kali keenam. 

Khamis, 12 Jun 2014

Peguam Negara Dakwa Jais Salah Langkah, Arah Tutup Kes Bible

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail

Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail mendakwa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tersalah langkah dalam rampasan kitab Injil di Selangor Januari lalu dan mengarahkan mereka menutup kes tersebut.

Sabtu, 7 Jun 2014

Buku "Kata Cinta Bijak" Kini Di Pasaran!

Buku "Kata Cinta Bijak"
Buku "Kata Cinta Bijak" sudah diterbitkan dan siap untuk dipasarkan! Buku ini telah disusun oleh Pastor Peter De Run dan isterinya Suze, khusus untuk muda-mudi Kristian yang bercinta. Buku ini mengandungi koleksi kata-kata hikmat mengenai perhubungan cinta, yang telah dipetik daripada laman Facebook "Cinta Bijak 101" yang dikendalikan Ps. Peter dan isterinya. Berikut pengumuman dan maklumat mengenai buku ini dari laman Facebook tersebut. Dapatkan naskah anda hari ini!

Khamis, 5 Jun 2014

Pernyataan Rasmi Oleh Majlis Uskup-Uskup Katolik Malaysia

Aku pernah menterjemahkan surat ini daripada surat asalnya dalam Bahasa Inggeris dalam blogku pada 4 Disember 2013. Aku mendapat versi terjemahan ini daripada seorang kawan (yang dimuatkan dalam sebuah kumpulan Facebook minggu lepas). Aku muatkan semula di sini untuk makluman dan bacaan para pembaca blog ini:

Selasa, 3 Jun 2014

Bilakah Penceraian Diizinkan?

Tuhan membenci penceraian tetapi kadang-kala ianya tidak dapat dielak

Oleh J. Lee Grady:

Tiga bulan yang lalu, setelah aku menulis artikel, "10 Lelaki Yang Wanita Kristian Tidak Harus Kahwini," para pembaca pun menceritakan kisah-kisah amat menyedihkan mengenai kesilapan mereka dalam perkahwinan. Seorang wanita mengaku, "Lelaki yang aku kahwini memiliki enam ciri-ciri daripada 10 yang anda senaraikan!" Ramai pembaca lain juga menanya soalan ini dengan jujur: "jika suamiku adalah lelaki seperti itu, bolehkah aku bercerai dengannya?" (Anda boleh membaca artikel itu di sini).

Aku tidak suka mengesyorkan penceraian kepada sesiapa pun juga. Tuhanlah yang telah menetapkan perkahwinan, oleh itu ianya suci, ianya adalah ikatan suci yang harus kita lindungi. Yesus sendiri telah mengatakan, "Kerana itu, apa yang telah dipersatukan Allah, tidak boleh diceraikan manusia" (Matius 19:6). Namun begitu dalam petikan yang sama Dia telah menyebut tentang perzinaan (ayat 9) sebagai satu sebab yang diizinkan untuk penceraian. Dalam keadaan dunia yang telah mengalami kejatuhan penuh dengan dosa dan kecurangan, penceraian tidak selalunya dapat dielakkan.