Poster Seminar Cinta Bijak 101 |
Pastor Peter De Run, pencipta dan pengajar Seminar Cinta Bijak 101 kembali lagi dengan satu video YouTube bertajuk "Cinta Pandang Pertama." Video ini adalah video pendek keempat yang telah dimuat naik ke YouTube dan saya pasti akan menjadi tarikan kepada anak-anak muda zaman ini.
Saya telah mengikuti perkembangan pelayanan Ps, Peter dengan lebih rapat setelah melihat poster Seminar Cinta Bijak 101 (gambar kiri) pada tahun 2013. Ya memang sebelum itu pun saya telah mengenal Ps. Peter sebagai seorang pastor yang sudah lama melayani di gereja-gereja di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Tapi poster Seminar Cinta Bijak itu sangat menarik perhatian saya. Lalu saya pergi mengikuti satu Seminar Cinta Bijak yang dikendalikan beliau di sebuah gereja di Shah Alam pada Julai 2013. Dan tidak dapat disangkal lagi, seminarnya sangat menarik dan mengandungi ajaran Alkitabiah yang sangat diperlukan oleh semua anak muda Kristian.
Selain mengadakan seminar, Ps. Peter dan isterinya, Suze juga mengendalikan satu laman FB dengan nama yang sama "Cinta Bijak 101." Melalui laman FB itu, Ps. Peter dan isterinya dapat memberikan kata-kata nasihat dan pedoman tentang cinta untuk anak-anak muda. Saya juga menjadi seorang pengikut laman tersebut (Klik di sini untuk Laman FB "Cinta Bijak 101").
Di bawah ini, saya selitkan dua petikan daripada laman FB tersebut yang menarik perhatian saya. Yang pertamanya mengenai cara yang betul untuk memulakan perhubungan iaitu melalui persahabatan terlebih dahulu:
Yang keduanya lebih menarik lagi dan boleh dikatakan hal yang lebih sensitif iaitu mengenai sentuhan di antara pasangan. Sekali lagi, saya mendapati penjelasan Ps. Peter begitu baik dan membantu.
Ps. Peter dan isterinya Suze melayani Cinta Bijak 101 |
Ps. Peter dan isterinya Suze juga sering mendapat pertanyaan mengenai percintaan daripada para pembaca melalui peti mesej di laman FB itu. Suze memberitahu saya bahawa sering kali dia tidur lewat kerana melayan soalan daripada para pemudi yang sedang mengalami persoalan cinta. Wah, rupanya FB boleh menjadi saluran kaunseling dan bantuan yang berkesan untuk mereka yang memerlukan nasihat dalam percintaan!
Logo Cinta Bijak 101 |
Beberapa bulan lepas, Ps. Peter memberitahu saya bahawa mereka akan membuat logo khas untuk Cinta Bijak 101 dan juga membuat video YouTube yang memuatkan topik-topik mengenai cinta. Logonya pun sudah siap sebelum ini, dan projek membuat video YouTube sudah pun bermula. Setakat ini Ps. Peter sudah memuat naik 4 video Cinta Bijak 101. Saya percaya masih banyak topik-topik menarik yang bakal dikeluarkan kelak.
Sebelum itu tontonlah video pengenalan yang telah dibuat oleh Ps. Peter dan rakan-rakannya; (klik di link "Watch on YouTube)