Selasa, 4 Februari 2014

Lizzie Velasquez Yang Pernah Digelar "Wanita Terhodoh Di Dunia" Tahu Tuhan Melihat Kecantikannya Yang Sebenar

Lizzie Velasquez

Lizzie Velasquez adalah satu daripada hanya tiga orang di Bumi yang telah dilahirkan dengan suatu penyakit genetik yang menghalangnya daripada menambah berat badan.

Dia tidak pernah melebihi berat 62 paun (28 kg) dalam hidupnya, dan tambahan lagi Velasquez telah dilahirkan buta mata kanannya. 

Dia menemui sebuah video mengenai dirinya di YouTube bertajuk "Wanita Terhodoh Di Dunia" sewaktu tahun junior (berumur 16 tahun) di sekolah menengah. 

Malangnya, video itu telah pun mendapat 4 juta lawatan di laman web itu. 

Ibubapa Velasquez berusaha agar video YouTube itu dihentikan, tetapi orang yang tidak dikenali yang telah memuat naik video itu membuat kenyataan tidak akan memberhentikan video itu. 

Daripada menjadi marah, hilang harapan dan depresi, Velasquez telah mengambil pendekatan yang lain dalam sikapnya.

Setelah memberi  penerangan kepada sebilangan pelajar sekolah menengah tahun pertama, dia menghadapi isu dibuli secara terbuka dan merangka satu jadual berdialog.


Hasilnya, Velasquez telah muncul dalam pelbagai program televisyen yang membolehkannya untuk menerbitkan tiga buku, termasuk, "Be Beautiful, Be You."

Kedua ibubapanya telah membesarkannya di Gereja Katolik di mana mereka bekerja. Pilihan Velasquez untuk melayani Yesus Kristus datang sejurus selepas dia tamat pengajian sekolah menengah. Dia mengakui bahawa imannya dalam Yesus yang membolehkannya untuk bertahan menghadapi sebarang cemuhan dan kelemahan tubuh. 

"Itu menjadi batu sandaranku melalui segala perkara, untuk memiliki waktu bersendirian untuk berdoa dan bercakap dengan Tuhan dan mengetahui bahawa Dia ada untukku," kata Velasquez.

Pada tahun ini, dia ingin memberikan masanya dan tenaganya menjelajah ke mana saja untuk memberitahu kisah iman dan ketabahannya. 

"Walaupun ianya seperti keadaan tidak akan berubah pada waktu-waktu paling gelap," kata bekas pelajar Texas State University seperti diaporkan Charisma News, "jika anda mempunyai iman dan terus berjuang, anda akan akhirnya dapat melalui apa sahaja."




(Diterjemah daripada artikel BreathCast bertajuk "Lizzie Velasquez Once Called 'The World's Ugliest Woman' Knows God Sees Her True Beauty" penulisan William Rameau bertarikh 2 Januari 2014)