Rabu, 5 Februari 2014

"Ini Benar-Benar Berkat. Tuhan Sungguh Baik," Kata Russell Wilson Selepas Pasukannya Memenangi Super Bowl 2014

Russell Wilson, pemain pasukan Seattle Seahawks yang menjuarai Super Bowl 2014

Super Bowl malam tadi telah memahkotakan juara NFL baru, pasukan Seattle Seahawks, yang dipimpin Russell Wilson, seorang lelaki dengan suatu pengakuan iman yang kuat dalam Tuhan Yesus Kristus.

"Ini benar-benar berkat. Tuhan sungguh baik. Kami percaya kami boleh sampai di sini. Pada permulaan musim, aku memberitahu rakan-rakanku, 'Hei, kenapa tidak kita?' Kami percaya kami boleh sampai ke sini. Kami ada bakat. Kami ada staf jurulatihnya..." kata Wilson kepada para wartawan berikutan kemenangan terbesar dalam karirnya semalam. 


Perlawanan Super Bowl
Superbowl XLVIII adalah pertarungan di antara quarterback veteran enam belas tahun Denver Broncos, Peyton Manning, dan quaterback tahun kedua Seahawks, Wilson. Bagaimanapun Seahawks menguasai Broncos dalam setiap aspek permainan, seperti ditunjukkan dalam safety play pada saat-saat permulaan permainan. Seahawks menang dengan keputusan terakhir 43-8 di Stadium MetLife di New Jersey.

"Yesus ialah kasih," kata Wilson bersama pemain-pemain Seahawks yang lain dalam satu temuramah YouTube bersama Pastor Mark Driscoll beberapa hari sebelum Super Bowl.


"Pada akhirnya, kita semua mencari peribadi untuk memberi dorongan kepada kita, seorang peribadi yang selalu ada untuk kita setiap waktu. Apabila kita mengharungi keadaan paling teruk dalam hidup, apabila kita bertarung dengan sesuatu, atau bergelut dengan sesuatu, apapun itu, dan juga ketika kita dalam keadaan terbaik, apabila semuanya berjalan dengan sungguh baik, kita mahu seseorang peribadi untuk memberi dorongan kepada kita dan untuk ada bersama kita dan mengatakan 'Tahniah.' Itulah Yesus. Yesus selalu ada dengan kita. Dia tidak akan meninggalkan kita, Dia tidak akan membiarkan kita."


Russell Wilson dengan Piala Lombardi yang diberikan
kepada Seattle Seahawks pemenang Super Bowl 2014

"Secara benar-benar, Yesus adalah harta teragung di alam semesta," kata Pembantu Jurulatih Seahawks, Rocky Seto dalam temubualnya diiringi Wilson bulan lepas. "Ianya sungguh boleh dimengerti. Ianya bukan seperti anda menyerahkan hidup anda dan kemudian anda mendapat sesuatu yang lebih teruk. Dia telah memberikan segala-galanya untuk kita. Kita tidak ada apa-apa, Dia yang memberikan kita segalanya, jadi ianya seperti satu campur satu jadi dua, begitu mudahnya. Yesus lebih baik daripada apa pun... lebih baik juga daripada Super Bowl, lebih baik daripada karir NFL, semuanya itu."

Malam tadi, Wilson berkongsi apa di hatinya dengan dunia sejurus selepas memenangi perlawanan besar itu. 

"...Kami mempunyai peminat-peminat terbaik di National Football League. Kami nak memenangi semuanya, dan kami cuma kata dapatkan 1-0. Itulah mentaliti kami sepanjang seluruh (musim). Kami terus berjuang. Kami terus belajar bersama. Kami mempunyai rakan-rakan yang hebat, dan aku tidak dapat lakukannya tanpa mereka semua," kata Wilson.


Pastor Mark Driscoll Menemuramah Pasukan Seattle Seahawks 
Sebelum Super Bowl - "Yesus Adalah Harta Teragung Di Alam Semesta"



(Diterjemah daripada artikel laman BreathCast bertajuk "Russell Wilson Proclaims Faith Through Super Bowl XLVIII Win; 'It's A True, True Blessing, God Is So Good'" penulisan William Rameau bertarikh 3 Februari 2014)