Rabu, 5 Februari 2014

10 Perbezaan Antara Berdating Dengan Seorang Budak Lelaki Dan Seorang Lelaki Matang



10 Perbezaan Antara Berdating Dengan Seorang Budak Lelaki Dan Seorang Lelaki Matang

#1 Seorang lelaki matang akan mengakui kesilapannya. Seorang budak lelaki akan membuat alasan untuk kesilapannya.

#2 Seorang lelaki matang akan menghormati kesucian anda. Seorang budak lelaki akan membiarkan keinginannya menguasainya. 

#3 Seorang lelaki matang akan menghormati anda dalam apa pun keadaan. Seorang budak lelaki akan menghormati anda apabila dia mengingini sesuatu balasan.

#4 Seorang lelaki matang akan melakukan apa sahaja untuk menyara hidup. Seorang budak lelaki akan memberi alasan mengapa dia tidak dapat menyara hidup.  

#5 Seorang lelaki matang akan membuat persediaan untuk masa depan. Seorang budak lelaki hidup hanya untuk ketika ini. 

#6 Seorang lelaki matang berusaha supaya dihormati oleh keluarga anda. Seorang budak lelaki berusaha menjadi popular di kalangan orang di sekelilingnya. 

#7 Seorang lelaki matang teguh dalam kepercayaannya. Seorang budak lelaki mengubah kepercayaannya bergantung kepada perempuan yang diminatinya.  

#8 Seorang lelaki matang memiliki kejujuran. Seorang budak lelaki berjanji apa yang dia tahu dia tidak dapat tunaikan.

#9 Seorang lelaki matang selalu mengambil kesempatan untuk belajar. Seorang budak lelaki menganggap dirinya sudah pandai.

#10 Seorang lelaki matang mencari lebih daripada kecantikan. Seorang budak lelaki mencari kecantikan supaya dia boleh bermegah. 

(Diterjemah daripada artikel laman Jarrid Wilson bertajuk "10 Differences Between Dating A Boy Vs Dating A Man" penulisan Jarrid Wilson bertarikh 13 November 2013)