Rabu, 29 Januari 2014

7 Sebab Mengapa Perzinaan Itu Memang Bodoh


Oleh Bob Russell:

Baik sekali kita menilai kembali karir dua pemimpin politik yang menonjol yang mana karir mereka telah berakhir secara mendadak tahun lalu. Semuanya kerana mereka tidak dapat menguasai hawa nafsu mereka. 

Datuk Bandar San Diego kehilangan karirnya, sementara seorang bekas ahli kongres yang pada satu ketika merupakan pesaing utama untuk jawatan Datuk Bandar New York jatuh ke tempat terakhir pengundian apabila dakwaan baru timbul semasa kempen pilihanraya. Masa depan politiknya kelihatan suram sekali. 

Mungkin adalah mudah untuk kita menganggap ini sebagai kes-kes terkecuali, tetapi tidakkah kita melihat ramai pemimpin perniagaan. gereja dan pemimpin-pemimpin lain melalui kesudahan mendadak seperti ini dalam tiga dekad yang lepas. 

Ada orang menjelaskan bahawa kebodohan adalah berulang kali melakukan perkara yang sama dan mengharapkan hasil yang berbeza. Jadi semua pemimpin yang menganggap diri mereka tidak terkesan oleh godaan harus memberi perhatian kepada apa yang sudah terjadi kepada orang lain - dan Firman.

Kata-kata untuk orang yang bijak.

Sebahagian yang besar daripada bahagian pertama Amsal menasihati orang-orang muda untuk menjauhi perzinaan dan tetap setia kepada isteri mereka.

Tidaklah menghairankan Raja Salomo memulakan buku yang berisi kata-kata hikmat ini dengan topik ini kerana sebahagian orang-orang yang paling pintar, kaya, berpengaruh di dunia telah dibinasakan kerana hubungan sulit yang haram. Apabila perzinaan mereka akhirnya terbongkar, reaksi pertama mereka biasanya bukan, "Aku telah berdosa," tetapi "Mengapakah aku begitu bodoh?"

Salomo mencadangkan beberapa sebab mengapa adalah bijak untuk anak muda mengelakkan amalan seks yang tidak suci. Nasihatnya yang penuh hikmat, yang sedihnya datang daripada pengalaman peribadinya, perlu diambil perhatian oleh kedua pihak lelaki dan perempuan. 

Kebahayaan perzinahan.

1. Pada akhirnya, pezinah itu akan berpaling menentang anda.

Kerana bibir perempuan jalang menitikkan tetesan madu dan langit-langit mulutnya lebih licin dari pada minyak, tetapi kemudian ia pahit seperti empedu, dan tajam seperti pedang bermata dua. Kakinya turun menuju maut, langkahnya menuju dunia orang mati. (Amsal 5:3-5)

2. Anda membazirkan banyak tenaga dan wang.

Jauhkanlah jalanmu dari pada dia, dan janganlah menghampiri pintu rumahnya, supaya engkau jangan menyerahkan keremajaanmu kepada orang lain, dan tahun-tahun umurmu kepada orang kejam; supaya orang lain jangan mengenyangkan diri dengan kekayaanmu, dan hasil susah payahmu jangan masuk ke rumah orang yang tidak dikenal. (ayat 8-10)

3. Anda menghadapi risiko dijangkiti penyakit.

Dan pada akhirnya engkau akan mengeluh, kalau daging dan tubuhmu habis binasa, (ayat 11)

4. Anda membatalkan pengaruh anda terhadap orang lain.

"Aku nyaris terjerumus ke dalam tiap malapetaka di tengah-tengah jemaah dan perkumpulan." (ayat 14)

5. Anda tidak dapat menikmati kebahagiaan yang berkekalan yang ada pada perkahwinan yang komited.

Minumlah air dari kulahmu sendiri, minumlah air dari sumurmu yang membual. Patutkah mata airmu meluap ke luar seperti batang-batang air ke lapangan-lapangan? Biarlah itu menjadi kepunyaanmu sendiri, jangan juga menjadi kepunyaan orang lain. Diberkatilah kiranya sendangmu, bersukacitalah dengan isteri masa mudamu: rusa yang manis, kijang yang jelita; biarlah buah dadanya selalu memuaskan engkau, dan engkau senantiasa berahi karena cintanya. (ayat 15-19)

6. Anda perlu menghadapi Tuhan satu hari nanti.

Kerana segala jalan orang terbuka di depan mata TUHAN, dan segala langkah orang diawasi-Nya. (ayat 21)

7. Memburu hubungan sulit mendedahkan kita kepada ketagihan seks dan rasa bersalah seumur hidup.

Orang fasik tertangkap dalam kejahatannya, dan terjerat dalam tali dosanya sendiri. Ia mati, karena tidak menerima didikan dan karena kebodohannya yang besar ia tersesat (ayat 22-23).