Khamis, 6 November 2014

Buku-Buku dan CD Kristian Yang Ditahan Telah Dikembalikan

Maklin Masiau dengan buku dan CD yang dikembalikan (Foto Malay Mail)

Kota Kinabalu: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup, yang juga merupakan Menteri yang bertanggungjawab untuk Perpaduan Nasional memberitahu hari ini bahawa Kementrian Dalam Negeri, Jabatan Kastam, Polis dan Gereja-Gereja di Sabah dan Sarawak akan datang bersama untuk menyenaraikan suatu Standard Operating Procedure (SOP) yang baru untuk mengurus kemasukan bahan-bahan Kristian yang memasuki Sabah dan Sarawak melalui Semenanjung Malaysia. "SOP ini akan digunakan untuk mengelakkan salah faham yang seterusnya di kalangan agensi dan pihak berkuasa yang terbabit apabila bahan-bahan Kristian dibawa masuk ke Sabah dan Sarawak," kata Kurup.

Kurup telah secara peribadi mengembalikan buku-buku dan CD Kristian yang telah dirampas kepada Pastor Maklin Masiau semasa jamuan tengahari di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu hari ini.


Tan Sri Joseph Kurup mengembalikan buku-buku dan CD kepada Pastor Maklin Masiau

Sementara itu Maklin merasa lega dan gembira untuk mendapat kembali bahan-bahan itu. "Ini kelihatan seperti titik perubahan yang positif untuk gereja-gereja di Sabah dan keharmonian antara agama dalam negara," katanya sambil mengucap terima kasih kepada Kurup kerana mengembalikan bahan-bahan miliknya. 

Bahan-bahan yang telah dirampas (574 buku Kristian dan 419 CD) telah ditahan dan dirampas oleh Pegawai Kastam pada 25 Oktober, semasa Maklin berada di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dalam perjalanan ke Kota Kinabalu dari Medan di utara Sumatra di mana dia telah membeli buku-buku dan CD tersebut, bernilai RM10,000 sebagai hadiah Krismas untuk gerejanya dari Bethel Mawar Saron. 

Dia telah ditahan selama hampir sejam di lapangan terbang oleh Jabatan Kastam dan telah dinasihatkan oleh mereka untuk berhubung dengan Kementrian Dalam Negeri untuk mendapatkan kembali bahan-bahan yang telah dirampas daripadanya. 

(Dipetik dan diterjemah daripada artikel Sabahkini bertajuk "Seized Christian Materials Released... Sabahan Intervention Was All It Needed" bertarikh 6 November 2014)