Isnin, 27 Oktober 2014

Buku dan CD Lagu Kristian Ditahan dan Disita Di KLIA2



Berikut ini catitan Facebook Sdr. Maklin Masiau pada 26 Oktober 2014 mengenai buku dan CD lagu Kristiannya ditahan dan disita oleh Kastam dan KDN di KLIA dua hari lepas. Catitan FB itu telah pun mendapat 625 shares setakat ini: 

"Kepada semua gereja, organisasi Kristian dan individu yg telah menempah mahupun baru merancang utk mendptkan buku bacaan & CD lagu Kristian khususnya utk kegunaan sempena Krismas yg bakal tiba, DUKACITA dimaklumkan bhw semua material yg telah sya beli dari Medan, Indonesia telah ditahan dan disita oleh Kastam dan KDN di KLIA2 ptg tadi. Saya telah ditahan dan disiasat selama hampir 40 minit. Walaupun saya merayu utk dilepaskan dgn pelbagai alasan konkrit namun mereka berkeras dan menahan. Alasan utama ialah dgn wujudnya perkataan ALLAH dlm buku dan sebutan ALLAH dalam CD. Dlm bungkusan itu turut ada ialah 300 CD terbaru dari Pdt.Ir.Niko yg digunakan utk sumbangan kepada penyiapan gedung gereja Bethel Mawar Saron, Siantar dan sya diamanahkan utk mencari penyumbang dari rakan seiman di Sabah. Kastam mengarahkan saya utk berurusan dgn pihak KDN selepas ini dan saya tahu bhw permainan bolasepak bermula. Sepanjang hidup saya..ini antara peristiwa sedih yg yg saya alami. Bukan sahaja kerugian hampir 10K tetapi lebih daripada itu kerana nasib malang yg saya alami selaku rakyat Sabah yang dijanjikan kebebasan beragama dalam Perjanjian Malaysia. Saya mohon sokongan DOA SAFAAT daripada semua rakan seiman..pastinya TUHAN punya kehendak dan rencana yg terbaik."