Isnin, 11 Julai 2022

Membaca 1 Fasal Alkitab Dalam Sehari - Kitab Kejadian


Oleh Si Domba Putih:

Saya telah memulakan suatu rancangan baru bacaan Alkitab untuk diri saya baru-baru ini.

Saya tahu ada banyak rancangan bacaan Alkitab yang ada di pasaran, kebanyakannya percuma, yang boleh digunakan termasuk yang tersedia secara online. Saya fikir semua rancangan itu baik.

Cuma saya sendiri sukar untuk secara konsisten membaca mengikut pelbagai program bacaan Alkitab dalam setahun yang sedia ada.

Tambah lagi saya tahu bahawa kita perlu membaca lebih kurang 3 atau 4 fasal setiap hari untuk habis membaca Alkitab dalam setahun. 

Jadi, apabila saya terhenti membaca untuk dua hari umpamanya, saya akan ketinggalan bacaan sebanyak 7 fasal, dan perlu mengejar balik bacaan yang tertinggal uutuk menyelesaikan bacaan Alkitab dalam setahun.

Baru-baru ini saya telah meletakkan matlamat baru untuk diri saya, yang mungkin lebih bersesuaian dengan saya. Saya meletakkan matlamat membaca satu fasal Alkitab dalam sehari. Ini tentunya bererti saya tidak akan selesai membaca seluruh Alkitab dalam setahun, tetapi matlamat saya bukanlah itu. Matlamat saya adalah untuk membaca Alkitab setiap hari, dan saya rasa saya lebih mudah meletakkan sasaran 1 fasal dalam sehari daripada meletakkan sasaran yang lebih tinggi yang saya tidak dapat lakukan secara konsisten.

Terdapat 1,189 fasal dalam Alkitab (929 di Perjanjian Lama dan 260 di Perjanjian Baru). Jika saya membaca 1 fasal dalam sehari, saya akan selesai membaca seluruh Alkitab dalam 3 tahun dan 3 bulan! Dan jika sekali-sekala saya membaca lebih dari 1 fasal sehari, saya akan mengurangkan tempoh bacaan saya. Sekali lagi, matlamat saya bukan untuk selesai membaca seluruh Alkitab dalam setahun tetapi untuk membaca Alkitab setiap hari sebagai amalan yang sihat dan membina kehidupan rohani saya. 

Nota: Ini adalah mengenai rancangan atau program bacaan Alkitab saya. Ini tiada berkenaan dengan bacaan Alkitab yang saya lakukan semasa Saat Teduh. Semasa Saat Teduh, saya suka hanya membaca satu perikop atau petikan Alkitab sahaja dan merenungkannya, dan kemudian mencatit apa yang saya pelajari dari situ. Program bacaan harian Alkitab ini adalah program yang berasingan dari Saat Teduh yang saya jalankan.

(Oleh kerana saya hanya membaca satu perikop atau satu petikan Alkitab sahaja untuk Saat Teduh, saya fikir adalah amat sesuai saya gandingkan itu dengan rancangan Bacaan 1 Fasal Alkitab dalam sehari, sebagai pelengkap kepada Saat Teduh saya).

Jadi blog saya yang ini adalah untuk diri saya sebenarnya, untuk merekod dan menjejak prestasi bacaan saya dan untuk melihat samada saya dapat menjalankan rancangan bacaan saya.

Saya telah mulakan bacaan saya dengan Kisah Para Rasul pada 10 Jun 2022 dan selesai membaca pada 11 Julai 2022. Pada hari esok, saya akan memulakan bacaan dari kitab Kejadian.

12 Julai - Kejadian 1

13 Julai - Kejadian 2

14 Julai - Kejadian 3

15 Julai - Kejadian 4

16 Julai - Kejadian 5

Membaca Kejadian 5, tetapi sedikit sukar nak fokus sebab ianya keseluruhannya mengenai silsilah keturunan dari Adam ke Nuh. Namun ada frasa ayat menarik di situ, "Dan Henokh hidup akrab dengan Allah" yang disebut dua kali pada ayat 22 dan 24.

17 Julai (Ahad) - Tiada bacaan

18 Julai - Kejadian 6

19 Julai - Kejadian 7

20 Julai - Kejadian 8

21 Julai - Kejadian 9

22 Julai - Kejadian 10

23 Julai - Kejadian 11

24 Julai (Ahad) - Tiada bacaan

Biasanya pada hari Ahad, saya tidak buat bacaan sebab mengfokus kepada pelayanan khutbah. 

25 Julai - Kejadian 12

26 Julai - Kejadian 13

27 Julai - Kejadian 14

28 Julai - Kejadian 15

29 Julai - Tiada bacaan

Sibuk dalam beberapa hal, akhirnya terlupa untuk baca.

30 Julai - Kejadian 16

31 Julai (Ahad) - Tiada bacaan

1 Ogos - Kejadian 17

2 Ogos - Kejadian 18

3 Ogos - Kejadian 19

4 Ogos - Kejadian 20

5 Ogos - Tiada bacaan

6 Ogos - Kejadian 21

7 Ogos (Ahad) - Tiada bacaan

8 Ogos - Kejadian 22

9 Ogos - Kejadian 23

10 Ogos - Kejadian 24

Fasal yang agak panjang (67 ayat) tapi menarik, kisah hamba Abraham kembali ke negeri asal Abraham untuk mendapatkan isteri untuk anak Abraham, Ishak. 

11 Ogos - Kejadian 25

12 Ogos - Kejadian 26

13 Ogos - Kejadian 27

14 Ogos (Ahad) - Tiada bacaan

15 Ogos - Kejadian 28

Bacaan hari ini mencetuskan catitan di blog (baca di sini), selepas saya membaca semula janji Tuhan untuk melindungi Yakub dan membawanya kembali ke negeri itu. 

16 Ogos - Kejadian 29-30

17 Ogos - Kejadian 31

18 Ogos - Tiada bacaan

19 Ogos - Kejadian 32-34

20 Ogos - Kejadian 35

21 Ogos (Ahad) - Tiada bacaan

22 Ogos - Kejadian 36

23 Ogos - Tiada bacaan

24 Ogos - Kejadian 37

25 Ogos - Kejadian 38

26 Ogos - Kejadian 39

27 Ogos - Kejadian 40

28 Ogos (Ahad) - Tiada bacaan

29 Ogos - Tiada bacaan

30 Ogos - Kejadian 41

31 Ogos - Kejadian 42

1 Sep - Kejadian 43

2 Sep - Kejadian 44

Merasa terharu sambil membaca kisah Yusuf dan abang-abangnya. Dalam fasal ini, Yehuda rela dijadikan hamba agar adiknya, Benyamin yang amat disayangi oleh ayah mereka dapat dilepaskan dan dikembalikan kepada ayah.

3 Sep - Kejadian 45

4 Sep (Ahad) - Tiada bacaan

5 Sep - Kejadian 46

6 Sep = Kejadian 47-48

7 Sep - Kejadian 49

8 Sep - Kejadian 50

(Bersambung esok)