Memaparkan catatan dengan label Lagu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lagu. Papar semua catatan

Khamis, 23 Mac 2023

Kisah Di Sebalik Lagu "Just As I Am" oleh Charlotte Elliot


Kisah Di Sebalik Lagu "Dengan Seadanya Aku" oleh Charlotte Elliot

Sebagai seorang wanita muda, Charlotte Elliot tidak yakin akan hubungannya dengan Kristus, tidak yakin bagaimana caranya untuk diselamatkan, meskipun dia dibesarkan sebagai anak seorang pastor, dan pertanyaan menyelidik dari seorang penginjil dari Switzerland, "Apakah Anda dalam keadaan damai dengan Tuhan?", tidak dapat dilupakannya. Ketika dia bertemu dengan penginjil tersebut beberapa minggu kemudian, dia mengatakan bahawa dia tidak dapat mengelak dari pertanyaannya tersebut. Namun, dia memprotes, apa yang mungkin dapat dia bawakan kepada Tuhan? Ketika penginjil itu menjawab bahawa dia tidak perlu membawa apa pun kecuali dirinya sendiri, dia dengan senang hati menerima Kristus.

Khamis, 31 Mac 2022

Bagaimanakah Kita Harus Respons Terhadap Skandal Di Hillsong?


Oleh J. Lee Grady:

Hillsong telah menjadi nama paling popular dalam muzik penyembahan Kristian selama lebih dari dua dekad, dan rangkaian gereja-gereja Hillsong telah mendirikan gereja di 30 negara sejak diasaskan pada 1983 di Australia. Keahlian globalnya dianggarkan 150,000. Tetapi suatu siri skandal telah menggoncang pergerakan itu dalam tempoh dua tahun yang lepas, menyebabkan pengasasnya, Briah Houston meletakkan jawatan ketika berhadapan dakwaan perilaku tidak senonoh dan dakwaan penyembunyian kes.

Khamis, 10 Mac 2022

Lagu "Walau Ku Lewati Lembah" Oleh Joanna Joseph Dilancarkan


Sudahkah anda mendengar lagu, "Walau Ku Lewati Lembah" oleh Joanna Joseph? Lagu merdu dengan lirik yang indah ini telah dilancarkan semalam di YouTube. Dengarlah dan kongsi dengan kawan-kawan!

Khamis, 3 Februari 2022

Kisah Menyayat Hati Di Sebalik Lagu "It Is Well With My Soul"


Dilahirkan dari sebuah tragedi peribadi dan iman yang menginspirasikan Horatio Gates Spafford, "It Is Well With My Soul" telah menjadi salah satu lagu hymn yang paling disayangi dan bertahan lama di gereja sehingga hari ini.

Sabtu, 18 September 2021

TONTON: Tragedi Keluarga Di Sebalik Lagu Kristian Hit Yang Menyayat Hati


Artis lagu Kristian, Anne Wilson berkata kebangkitannya yang mendadak sehingga dikenali ramai telah terbit dari suatu waktu yang gelap dalam hidupnya. Tetapi kasihnya untuk "My Jesus" telah mengatasi segalanya," gadis berusia 19 tahun itu memberitahu Bob Smietana dari Religion News.

Rabu, 2 Jun 2021

Kisah Inspirasi Di Sebalik Lagu "Doa Bapa Kami" Oleh Patrick Leong


Saya mengingat kembali permintaan Saudari Lay Hua berkenaan menulis Doa Bapa Kami beberapa tahun yang lalu. Saya masih ingat dia telah menyebut permintaannya sebanyak 3 kali, dalam tempoh masa lebih kurang 2 tahun, namun begitu masa dan komitmen lain tidak mengizinkan saya untuk cukup mengheningkan diri dan saya juga tidak ingin menulis untuk hanya memenuhi tugas saja.

Selasa, 1 Disember 2020

4 Peranan Muzik Dalam Penyembahan



Sambil kita bangun setiap pagi, sambil kita memandu pergi balik kerja, sambil kita bersenam di gim, dan sambil kita menjalani hari-hari kita, apakah yang kita sering dengar? Setiap Ahad sambil kita berkumpul bersama untuk menyembah Tuhan, apakah yang menjadi rangka kebaktian kita? Anda meneka dengan betul: muzik.

Khamis, 22 Oktober 2020

Puq Ayam + Doa 'Bapa Kami' oleh Malaysian Worship Collective

Oleh Malaysian Worship Collective:

Puq Ayam merupakan ungkapan kasih sayang orang tua Kelabit yang diluahkan kepada anak-anak muda mereka yang sudah lama tidak berjumpa. Ini sering diekspresikan dengan membelai rambut ataupun bahu anak muda itu.

Selasa, 23 Jun 2020

Doa "Bapa Kami" - Lagu Baru Yang Bakal Dilancarkan!

Untuk sekian lama, doa ‘Bapa Kami’ yang ada dalam Alkitab (Matius 6:9-13) mengajar kita untuk berdoa. Petikan ini menjadi suatu pengajaran yang penting di gereja di mana pelbagai pelayanan menggunakannya – sama ada untuk pengajian Alkitab, pengajaran sekolah minggu mahupun lafazan ketika beribadah. Petikan ini juga menjadi doa asas kepada mereka yang tidak mengenali Tuhan dan ingin berdoa kepada Maha Kuasa untuk membantu mereka dalam kehidupan.

Jumaat, 15 Mei 2020

THE MALAYSIA BLESSING - 80 Gereja dan Pergerakan Kristian Nyanyikan "The Blessing" di Malaysia


THE MALAYSIA BLESSING -

Pada waktu yang unik dan mencabar seperti ini di Malaysia, 80 gereja dan pergerakan, mewakili ratusan yang lain lagi telah datang bersama secara online untuk menyanyikan berkat atas negara kita. Berdiri bersama dengan satu hati, kerinduan kami adalah lagu ini akan memenuhi anda dengan damai dan menggalakkan anda.

Khamis, 14 Mei 2020

Lagu "Satu Suara" - Rakaman Live Dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak


Lagu kegemaran saya, "Satu Suara" telah direkodkan live baru-baru ini dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Lagu itu direkod dengan gandingan penyanyi dan pemain muzik, semuanya dari Malaysia.

Jumaat, 1 Mei 2020

Video Lagu "Doa Kami" Oleh Pasukan Pujian & Penyembahan SIBLife Church


Seminggu yang lepas, SIBLife Church telah menerbitkan video lagu "Doa Kami Untuk Malaysia" melalui saluran Youtube mereka. 

Selasa, 3 Disember 2019

BWCC Worship Lancarkan Album Ketiga - "Greatest Ever"!



BWCC Worship telah melancarkan album ketiga mereka berjudul "Greatest Ever" pada 23 November 2019 di BWCC KL. Inilah album "Greatest Ever" oleh BWCC Worship:

Rabu, 21 Ogos 2019

Kisah Di Sebalik Lagu "Mengikut Yesus Keputusanku"



Suatu karya akan sangat bermakna jika memiliki esensi dari karya itu yang dilatarbelakangi oleh kesungguhan dan keseriusan. Ertinya, cerita dan motivasi di sebalik suatu karya menjadi salah satu faktor bahwa karya itu akan sangat bermakna, bukan hanya bagi penciptanya, melainkan juga bagi orang-orang yang menikmatinya. Ini pula yang menjadi kekuatan satu karya lagu hymn yang terkenal dan sering dinyanyikan di gereja-gereja seluruh dunia, “I Have Decided To Follow Jesus”.

Rabu, 19 Jun 2019

Orang Ramai Nyanyi "Sing Hallelujah" Semasa Protes Undang-Undang Ekstradisi Hong Kong


Lagu pujian "Sing Hallelujah to the Lord" telah muncul sebagai lagu tema yang tidak sangka untuk gerakan protes Hong Kong menentang usul rang undang-undang ekstradisi yang telah membawa jutaan orang ke jalanan. 

Selasa, 26 Mac 2019

Penyanyi Brad Paisley Berkata Isterinya Adalah Mukjizatnya Dalam Kisah Di Sebalik Lagu "My Miracle"


Kisah cinta antara Brad Paisley dan isterinya, Kimberly Williams-Paisley, begitu manis dan menginspirasikan. Setelah bernikah selama 16 tahun. Brad telah menghasilkan sebuah lagu baru bertajuk, "My Miracle" yang didedikasikan kepada isterinya. 

Isnin, 11 Februari 2019

Di Anugerah Grammy 2019, Lauren Daigle Menang Besar Dengan "You Say" dan "Look Up Child"


Anak jati Lafayette, Lauren Daigle, 27, telah memenangi Anugerah Grammy 2019 dalam kedua-dua kategori di mana dia telah dicalonkan - Persembahan/Lagu Muzik Kristian Kontemporari Terbaik untuk "You Say," yang telah ditulis bersama Jason Ingram dan Paul Mabury, dan Album Muzik Kristian Kontemporari Terbaik untuk "Look Up Child."

Lauren Daigle: Ketika Tuhan Menunjukkan Saya Masa Hadapan


Sewaktu remaja, penyanyi dan penulis lagu ini bergelut dengan suatu penyakit yang serius. Kemudian dia mendapat penglihatan akan masa hadapannya.

Ketika saya berusia 15 tahun, saya jatuh sakit, betul-betul sakit. Pada mulanya semua orang fikir itu demam kelenjar. Saya hanya mahu tidur sahaja. Saya hanya dapat tidur sahaja. Tidak dapat ke sekolah, tidak dapat jumpa kawan-kawan, cuma berbaring di katil atau sofa di hadapan TV.