Memaparkan catatan dengan label Iban. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Iban. Papar semua catatan

Rabu, 27 Mac 2024

Pembunuhan Reverend John Wilfinger


Misionari-misionari Australia yang dipimpin oleh Charles Hudson Southwell mulai menembusi Sarawak menerusi kawasan pedalaman Lawas pada akhir 1920an untuk memulakan sebuah gereja manakala misionari-misionari Amerika meneroka ke Kerayan pada 1930an untuk menubuhkan sebuah Sekolah Alkitab di Belawit yang kini dikenali sebagai Berian Baru.

Tersentuh dengan kasih para misionari untuk orang-orang di kawasan bukit, orang-orang Lun Bawanglah yang menyahut cabaran untuk mengubah gaya hidup pagan mereka untuk menjadi pengikut-pengikut yang komited Borneo Evangelical Mission (BEM). Orang-orang Lun Dayeh juga menurut serta dan menjadi penginjil-penginjil pelbagai denominasi seperti Gereja Khemah Injil Indonesia (GKII).

Suatu mukjizat sedang terjadi di kalangan umat yang dulunya kuat dalam penyembahan iblis dan pengorbanan kanak-kanak telah dikisahkan dalam banyak buku-buku yang ditulis oleh penginjil-penginjil yang telah disambut baik oleh komuniti kawasan tanah tinggi itu.

Rabu, 29 Januari 2020

Menteri Sabah Siasat Dakwaan Usaha Menukar Agama Pelajar Kepada Islam


Malaysia mesti hentikan usaha-usaha halus oleh kumpulan-kumpulan Islam untuk menukar agama pelajar-pelajar di sekolah-sekolah dan universiti-universiti, kata seorang ahli politik Sabah yang ingin bertemu dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengenai isu yang sudah lama berpanjangan itu. 

Ahad, 17 Julai 2016

Tahukah Anda... Bangsa-Bangsa Majoriti Kristian Di Sarawak (Tahun 2010)?

Dari kiri: Bangsa Iban, Lun Bawang, Bidayuh

Sarawak terkenal dengan pelbagai bangsa dan budayanya. Berikut ialah bangsa-bangsa di Sarawak dengan majoriti Kristian: