Tujuan Tuhan menghantar sepuluh tulah ke atas Mesir adalah untuk menyakinkan Firaun untuk melepaskan orang-orang Ibrani dan mengizinkan mereka menyembah Tuhan.
Malangnya Firaun tidak mengizinkan orang-orang Ibrani pergi dan Mesir mengalami bencana teruk kerana sepuluh tulah itu.
1. Air Menjadi Darah
Oleh sebab itu, beginilah firman TUHAN, "Dengan hal
yang berikut ini engkau akan tahu bahawa Akulah TUHAN." Lihat, dengan
tongkat di tanganku ini akan kupukul air Sungai Nil, dan air itu akan berubah
menjadi darah. Ikan-ikan dalam Sungai Nil akan mati sehingga Sungai Nil
berbau busuk, dan warga Mesir akan jijik meminum air daripada Sungai Nil" (Keluaran 7:17-18)
2. Katak
TUHAN berfirman kepada Musa, "Pergilah menghadap Firaun
dan katakanlah kepadanya, 'Beginilah firman TUHAN, "Izinkanlah umat-Ku
pergi, supaya mereka dapat beribadat kepada-Ku. Jika kamu tidak
mengizinkan mereka pergi, maka Aku akan mengazabkan seluruh daerahmu dengan
mendatangkan katak. Sungai Nil akan berlimpah dengan katak dan katak-katak
itu akan naik lalu masuk ke dalam istanamu, ke dalam bilik tidurmu, dan ke atas
tempat tidurmu. Juga ke dalam rumah para pegawaimu dan rakyatmu, ke dalam
tempat pembakaran rotimu, serta ke dalam tempat adunanmu. Katak-katak itu pun
akan naik memanjati kamu, rakyatmu, dan semua pegawaimu" (Keluaran 8:1-4)
3. Agas
TUHAN berfirman kepada Musa, "Katakanlah kepada Harun,
'Hulurkanlah tongkatmu dan pukullah debu tanah, maka debu itu berubah menjadi
agas di seluruh Tanah Mesir." Mereka pun melaksanakan hal itu. Harun
menghulurkan tangannya dengan tongkatnya, lalu dipukulnya debu tanah. Maka
muncullah agas yang tidak terhingga banyaknya lalu hinggap pada manusia dan
binatang. Semua debu tanah berubah menjadi agas di seluruh Tanah Mesir (Keluaran 8:16-17)
4. Lalat
TUHAN berfirman kepada Musa, "Bangunlah pagi-pagi, lalu
nantikanlah Firaun ketika lazimnya dia keluar ke sungai. Katakanlah kepadanya,
'Beginilah firman TUHAN, "Izinkanlah umat-Ku pergi supaya mereka dapat
beribadat kepada-Ku, kerana jika engkau tidak mengizinkan umat-Ku pergi,
maka akan Kubuat kawanan lalat mendatangimu, mendatangi para pegawaimu,
rakyatmu, serta rumah-rumahmu. Rumah orang Mesir akan penuh dengan kawanan
lalat, dan begitu jugalah bumi yang dipijak mereka itu. Akan tetapi, pada
hari itu Aku akan mengecualikan Tanah Gosyen yang dihuni para umat-Ku. Di sana
tidak akan ada kawanan lalat, supaya engkau tahu bahawa Akulah, TUHAN, yang
hadir di tengah-tengah tanah ini (Keluaran 8:20-22)
5. Penyakit Sampar
TUHAN berfirman kepada Musa, "Pergilah menghadap Firaun
dan katakanlah kepadanya, 'Beginilah firman TUHAN, Allah orang Ibrani,
"Izinkanlah umat-Ku pergi, supaya mereka dapat beribadat kepada-Ku. Sebabnya
jika engkau tidak mengizinkan mereka pergi dan masih menahan mereka, maka
tangan TUHAN akan mendatangkan penyakit sampar yang sangat teruk kepada
ternakan kamu di padang, iaitu kuda, keldai, unta, lembu, serta domba. Tetapi
TUHAN akan membezakan ternakan orang Israel daripada ternakan warga Mesir.
Tidak seekor pun daripada ternakan orang Israel akan mati" (Keluaran 9:1-4)
6. Bisul
TUHAN berfirman kepada Musa dan Harun, "Ambillah
segenggam penuh jelaga dari relau, lalu hendaklah Musa menghamburkannya ke
udara di hadapan Firaun. Jelaga itu akan menjadi debu halus yang meliputi
seluruh Tanah Mesir serta menjadi bisul yang pecah bernanah pada manusia dan
haiwan di seluruh Tanah Mesir" (Keluaran 9:8-9)
7. Hujan Batu
Firman TUHAN kepada Musa, "Hulurkanlah tanganmu ke
langit supaya hujan batu turun di seluruh Tanah Mesir dan melanda manusia,
haiwan, serta segala tumbuhan di padang, di Tanah Mesir." Musa pun
menghulurkan tongkatnya ke langit, lalu TUHAN mendatangkan guruh dan hujan
batu, serta menurunkan api pula ke bumi. TUHAN menghujani Tanah Mesir dengan
hujan batu. (Keluaran 9:22-23)
8. Belalang
Sebabnya jika kamu tidak mengizinkan umat-Ku pergi, maka
hari esok Aku akan mendatangkan kawanan belalang juta ke daerahmu. Segala
belalang juta itu akan melitupi permukaan bumi sehingga tanah tidak lagi
terlihat. Kawanan belalang juta itu juga akan memakan habis sisa yang terluput,
iaitu yang masih tertinggal bagimu setelah peristiwa hujan batu itu, dan akan
memakan habis semua pokok yang tumbuh di padang (Keluaran 10:4-5)
9. Kegelapan
TUHAN berfirman kepada Musa, "Hulurkanlah tanganmu ke
langit, supaya kegelapan datang ke atas Tanah Mesir, sehingga orang benar-benar
merasakan kegelapan itu." Musa pun menghulurkan tangannya ke langit,
lalu datanglah kegelapan yang pekat ke atas seluruh Tanah Mesir selama tiga
hari (Keluaran 10:21-22)
10. Kematian Anak Sulung
Kata Musa, "Beginilah firman TUHAN, 'Pada waktu tengah
malam Aku akan datang ke tengah-tengah Mesir. Maka semua anak sulung di
Tanah Mesir akan mati, mulai anak sulung Firaun yang duduk di atas takhtanya
hingga anak sulung hamba perempuan yang bekerja menggunakan pengisar itu, dan
juga semua anak sulung ternakan.
Tangisan yang kuat akan berlaku di
seluruh Tanah Mesir yang belum pernah terjadi sebelum itu dan tidak akan
terjadi lagi. Akan tetapi, kepada siapa pun daripada orang Israel, baik
manusia mahupun binatang, tidak ada seekor anjing pun akan berani menyalak,
supaya kamu tahu bahawa TUHAN membezakan di antara warga Mesir dengan orang
Israel. (Keluaran 11:4-7)