Memaparkan catatan dengan label Kesembuhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesembuhan. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Oktober 2023

Selasa, 7 September 2021

Di Ambang Maut – Pengalaman Seorang Pesakit Covid-19


Oleh Hannah Siew:

Bagaimanakah jangkitan Covid-19 saya bermula

Pada hari ketiga selepas disuntik vaksin di sebuah pusat pemberian vaksin, saya mula berasa tidak sihat. Saya percaya saya telah dijangkiti di situ sebab saya kemudiannya mendapat tahu bahawa empat orang yang lain di pusat itu juga didapati positif. Tambahan pula, saya tidak pergi ke mana-mana selepas disuntik vaksin.  Simptom-simptom yang mulai muncul termasuklah suhu badan yang semakin meningkat, batuk kering yang berterusan dan pening kepala yang teruk dengan kehilangan deria merasa dan bau, kelelahan dan kesakitan otot-otot. Saya semakin lemah sambil saya kehilangan selera dan hanya makan sedikit. Saya hampir rebah di bilik mandi dan terpaksa bergegas ke katil dengan rambut dan badan yang basah kuyup.

Sabtu, 11 April 2020

Pesakit Covid-19: Tuhan Menghembus Ke Dalam Paru-Paruku Dan Menyembuhkanku


Pesakit koronavirus yang telah disembuhkan: "Tuhan Menghembus Ke Dalam Paru-Paruku dan Menyembuhkanku."

"Anda tahu saya di hospital selama lebih kurang 12 hari. Saya kira lebih kurang pada hari kelima atau hari keenam, para doktor memberitahu saya kami telah mencuba segalanya," dia menjelaskan. 

Rabu, 14 November 2018

"Itu Mukjizat Dan Itulah Cara Tuhan Merancangkannya": Doktor-Doktor Tergamam Apabila Ketumbuhan Otak Lenyap


Seorang lelaki di Lodi, yang telah dikesan oleh doktor mengalami ketumbuhan kanser berbahaya, berkata bahawa ketumbuhan itu telah lenyap tanpa rawatan perubatan. Apa yang dia lakukan hanyalah meminta orang-orang seiman berdoa untuknya. 

Jumaat, 27 April 2018

Mukjizat Nyata Yang Benar-Benar Mengejutkan Penginjil, Mantan Atheis Ini


Pengarang dan penginjil Lee Strobel adalah dulunya seorang atheis yang bertugas sebagai editor hal-ehwal perundangan di Chicago Tribune sebelum memulakan perjalanan untuk menguji dan menidakkan kepercayaan Kristian - usaha yang sebaliknya telah membawanya memeluk iman itu. 

Strobel, yang kisah peribadinya telah diceritakan dalam filem Pure Flix, buku dan dokumentari bertajuk The Case for Christ, kini telah menerbitkan The Case for Miracles, sebuah buku penyiasatan baru yang berdasarkan fakta, temubual dan kajian untuk lebih lagi menyelidik hal-hal rohani.

Sabtu, 8 Julai 2017

Tuhan Menyembuhkan Pendengaran Ibuku!

Pastor Yaya (berdiri, berbaju merah) dan ibunya (paling kiri)

Kesaksian Pastor Yaya:

Saya pastor Yaya, saya ingin kongsikan sedikit mengenai apa yang telah Tuhan lakukan dalam Kebaktian Supernatural baru-baru ini, di mana Ibu saya yang berasal dari Sabah, telah mengalami kesembuhan. Setelah telinga sebelah kirinya tidak dapat mendengar selama lebih kurang sepuluh tahun, pada upacara malam ketiga, ia menerima kesembuhan sepenuhnya dari Tuhan Yesus, telinganya kirinya boleh mendengar sepenuhnya seperti normal. 

Jumaat, 7 Julai 2017

Tuhan Menyembuhkan Kawanku!


Kesaksian oleh Serene Foo:

30 Jun ke 2 Julai adalah malam-malam terbagus bagiku! Aku mengikuti Rali Penyembuhan Supernatural Encounter di Stadium MBPJ yang dipenuhi beribu-ribu orang. Aku dapat melihat dengan mataku sendiri bagaimana Tuhan bekerja menerusi doa dan iman. Orang buta melihat, orang tuli mendengar, yang timpang berdiri dan berlari. Ianya sesungguhnya detik paling sukacita untuk disaksikan. 

Khamis, 1 Jun 2017

Doa 3 Perkataan Ini Mengubah Seorang Peladang Yang Tidak Taat Menjadi Pastor Yang Dipimpin Roh Kudus


Berhadapan dengan krisis yang menggoncang jiwa, ayah saya mengangkat tangannya ke arah syurga dan mengucapkan satu doa berisi tiga perkataan. Doa itu baru saja keluar dari mulutnya apabila sesuatu yang menakjubkan terjadi. Abang saya yang berusia 7 tahun, telah disahkan akan mati oleh tiga orang doktor, telah disembuhkan secara mukjizat, dan destini keluarga kami telah berubah selamanya. 

Selasa, 31 Januari 2017

Darlene Zschech Bersaksi Sembuh Dari Kanser Berkat Baca Mazmur 91

Darlene Zschech dan suaminya, Mark (Foto: Daystar)

Ingatkah anda dengan Darlene Zschech? Pemimpin pujian dan pencipta lagu ini sudah menghasilkan banyak album dan lagu yang menjadi hit dan telah dinyanyikan oleh banyak gereja di seluruh dunia. Lagu seperti, "Victor's Crown," "In Jesus Name," dan "Worthy is the Lamb," adalah beberapa lagunya yang menjadi terkenal di sekeliling dunia. 

Selasa, 10 Januari 2017

Yesus Berbicara Kepada Militan Islam Yang Sedang Memburu Orang-Orang Kristian, "Mengapakah Engkau Menganiaya Aku?"

 
Sekumpulan Muslim Arab yang sedang mengejar orang-orang Kristian berkata suatu ribut debu tiba-tiba terbentuk di jalanraya, memaksa mereka menghentikan pengejaran mereka, apabila Yesus muncul kepada mereka dan berbicara dengan "suara yang perkasa."

Rabu, 16 Mac 2016

"Miracles From Heaven": Kisah Benar Mengenai Perjalanan Menakjubkan Seorang Anak Kecil Perempuan Ke Syurga


"Miracles From Heaven" adalah sebuah filem kisah benar yang "menakjubkan" mengenai iman dan kasih dalam perjalanan ajaib seorang anak kecil perempuan ke syurga dan kembali lagi. 

Selasa, 21 April 2015

Kanak-Kanak Perempuan Terjatuh Dari Pokok, Bertemu Yesus Di Syurga Dan Disembuhkan, Kata Ibunya Dalam Buku Baru

Annabel (berkaca mata) dan keluarga di hadapan pokok cottonwood di mana dia telah terjatuh


Annabel
Seorang kanak-kanak perempuan mendakwa bahawa dia telah pergi ke syurga setelah terjatuh dari sepohon pokok, dan telah disembuhkan apabila dia kembali, menurut sebuah buku yang telah dilancarkan minggu ini. 

Empat tahun selepas insiden itu, buku "Miracles From Heaven: A Little Girl, Her Journey to Heaven, and Her Amazing Story of Healing" menceritakan kisahnya. Sony sedang berusaha menyesuaikan kisahnya untuk difilemkan, menurut The Hollywood Reporter.

Isnin, 3 Oktober 2011

Kesaksian Gilbert Lumoindong - Disembuhkan Tuhan!

Gilbert Lumoindong
Anak lelaki itu terpegun. Doktor baru saja memberi keputusan yang mengejutkan: secara beransur-ansur kemampuan otaknya akan menurun dan tingkat kecerdikannya akan berkurang demikian teruk bagaikan penderita Down Syndrome. Ia diputuskan menderita penyakit saraf otak.

Maka ia pun tak kuasa membendung air matanya setiap melintasi sekolah yang diperuntukkan untuk anak-anak dengan keperluan khusus, yang letaknya dekat dengan rumahnya di wilayah Tebet, Jakarta.

“Ah Tuhan, apakah kelak saya akan berada di tempat itu?” keluh anak lelaki yang bernama lengkap Gilbert Emanuel Lumoindong itu.

Isnin, 11 Julai 2011

Terkenal Lucu - Gurmit Singh Pelakon Watak Phua Chu Kang

Watak Phua Chu Kang dalam siri televisyen PCK Pte. Ltd.

Ramai orang pernah menonton aksi lawaknya sebagai Phua Chu Kang, dari siri television PCK Pte. Ltd. yang telah mula disiarkan di Singapura pada tahun 1997 sehinggalah 2007. Siri ini dengan cepat menjadi drama komedi nombor satu di Singapura. Pada kemuncaknya pada tahun 1999, siri ini ditonton oleh 500,000 penonton pada setiap minggu.