Beberapa tahun yang lepas, ketika membuat persiapan untuk khutbah Hari Bapa, saya terfikir tentang Yusuf, ayah Yesus. Saya mula-mulanya menolak idea itu sebab saya fikir tidak banyak disebut mengenai Yusuf sebagai seorang bapa.
Dalam Alkitab, jauh lebih banyak disebut mengenai Maria, ibu Yesus berbanding dengan suaminya, Yusuf. Oleh itu saya benar-benar berfikir bahawa tidak ada banyak maklumat mengenai peranan Yusuf sebagai seorang bapa. Namun begitu, apabila saya menyelidiki Firman Tuhan, saya mendapati Yusuf telah memainkan empat peranan dalam kehidupan anaknya, Yesus.