Memaparkan catatan dengan label Lukisan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lukisan. Papar semua catatan

Isnin, 11 Ogos 2025

Gambar Seekor Rajawali Yang Melindungi Anaknya (Dapatkah Kamu Lihat Apa Yang Tersembunyi Dalam Gambar Ini?)


Gambar cantik seekor rajawali yang melindungi anaknya. 

Terbalikkan gambar itu dan lihat siapa yang sentiasa menjaga engkau!

__________________________

Saya pernah mengikuti suatu pertemuan zoom dengan sekumpulan orang, dan saya tidak tahu rupa-rupaya pada hari itulah saya akan mendengar kesaksian seorang pelukis dari Malaysia bernama Allen Tan. Dialah pelukis lukisan itu!

Khamis, 19 Disember 2019

Potret Yesus Yang Lama Hilang Ditemui Semula Oleh Pelukisnya, Akiane


Dari usia empat tahun, inspirasi dari penglihatan yang berulang-ulang oleh Akiane adalah untuk menggambarkan satu tokoh teladan yang hebat untuk kemanusiaan. 

Isnin, 29 Oktober 2018

Potret Yesus Secara Ajaib Terselamat Daripada Kebakaran Gereja Berusia 150 Tahun


Satu lukisan yang menggambarkan Yesus Kristus telah terselamat daripada kebakaran selepas sebuah gereja berusia 150 tahun mengalami kerosakan teruk selepas kilat menyebabkan bangunan itu tebakar.

Jumaat, 8 Disember 2017

Putera Mahkota Arab Saudi Pembeli Lukisan Yesus Termahal Dunia Karya Da Vinci

Lukisan "Salvador Mundi" (Juruselamat Dunia)
karya Leornado da Vinci

Telah didedahkan bahawa Putera Mahkota Arab Saudi adalah pembeli sebenar lukisan Leornado da Vinci  berharga $450.3 juta (atau RM1.8 bilion) - dan sepupu jauhnya, yang telah dilaporkan membelinya, hanya adalah proksi untuk pembelian tersebut.

Selasa, 18 Julai 2017

Melukis Bagi Tuhan - Tommy Chen


Tommy Chen telah tamat pengajian di Malaysian Institute of Art pada 1990, dan dia telah mengfokus kepada menghasilkan lukisan ikan koi dan biasanya akan menyelitkan unsur-unsur Feng Shui dalam lukisan-lukisannya. Walau bagaimanapun, selepas dia menerima dan menyerahkan hidup kepada Yesus, dia mula melukis bagi Tuhan. Ini adalah petikan daripada kesaksian yang ditulis oleh Tommy Chen.

Ahad, 30 April 2017

Jika Anda Pernah Melihat Lukisan Ini, Inilah Kisah Di Sebaliknya Yang Tidak Diketahui Ramai

Lukisan Head of Christ 

Sehingga 1990an, lukisan ini telah dicetak lebih 500 juta kali, dengan salinan saiz besar dicetak untuk kegunaan gereja dan salinan saiz kecil sebesar dompet untuk kegunaan peribadi. Ianya disukai oleh kedua-dua orang-orang Protestan dan Katolik dan dapat dilihat di gereja-gereja dan kediaman-kediaman mereka. 

Anda mungkin tidak akan mengenal namanya, tapi anda mungkin pernah melihat karyanya. Warner Sallman adalah pelukis Kristian paling terkenal pada permulaan abad kedua puluh. Hampir semua orang pernah melihat cetakan lukisannya Head of Christ. Lukisan kuning perang dengan rambut yang panjang beralun itu adalah ikon tahun 1940an dan 1950an. 

Isnin, 13 Februari 2017

10 Perkara Yang Anda Harus Tahu Mengenai Lukisan Agung "The Last Supper"


The Last Supper oleh Leonardo da Vinci adalah salah satu lukisan yang paling dikagumi, dikaji, dan disalin semula di dunia. Tapi tak kira berapa kali anda pernah melihatnya, kami teka anda mungkin tidak tahu butir-butir ini mengenainya. 

Selasa, 17 Januari 2017

Lukisan Manakah Yang Paling Menggambarkan Kedamaian?

 
Suatu ketika ada seorang Raja yang menawarkan hadiah kepada pelukis yang dapat melukiskan gambaran terbaik mengenai damai. Ramai pelukis telah mencubanya. Raja melihat semua lukisan yang telah siap, tetapi hanya dua lukisan yang mendapat perhatiannya dan dia harus memilih salah satu di antaranya.

Jumaat, 11 November 2016

Artis-Artis Menghiasi Alkitab Dengan Hasil Seni Berwarna-Warni

Ramai artis yang sedang beralih ke kanvas baru, Alkitab mereka. Dengan populariti Alkitab Jurnal (Journaling Bibles), para pembaca mempunyai ruangan yang lebih luas untuk mengambil nota dan membuat jurnal. Tetapi ramai artis yang mengambil kesempatan ini untuk menjadikan ayat-ayat Alkitab hasil seni yang menyentuh hati. Anda boleh mendapatkan salah satu daripada Alkitab Jurnal kegemaran kami di sini.