Memaparkan catatan dengan label Laporan Polis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Laporan Polis. Papar semua catatan

Rabu, 17 Mei 2017

Hannah Yeoh Pertahan Pengalaman Peribadi Sebagai Kristian Dalam Buku


AHLI Dewan Undangan (Adun) Subang Jaya dan Speaker Selangor Hannah Yeoh tidak terganggu walaupun terdapat laporan polis dibuat terhadapnya kerana "cubaan mempengaruhi  orang Islam kepada agama Kristian".

"Peristiwa dialami adalah benar dan saya memberitahu cerita peribadi saya seperti dalam buku ‘Becoming Hannah’. Tanpa Tuhan, saya tiada apa dan tidak malu untuk mengatakannya,” kata beliau dalam posting di Facebook miliknya pagi ini.

Bimbang Dirinya Kagum "Tuhan Hannah Yeoh", Pensyarah Buat Laporan Polis


PETALING JAYA: Seorang ahli akademik Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini berkata sebuah buku karangan Speaker Selangor, Hannah Yeoh yang dibelinya mampu mengubah dirinya sehingga terdorong terhadap ajaran Kristian.

Pensyarah UUM Buat Laporan Polis Terhadap Hannah Yeoh Yang Didakwa Cuba Memurtadkan Orang-Orang Muslim Melalui Bukunya


SEORANG pensyarah universiti membuat laporan polis terhadap Hannah Yeoh selepas speaker Dewan Undangan Negeri Selangor itu membuat laporan bukunya dituduh memurtadkan orang-orang Melayu.

Selasa, 16 Mei 2017

"Sepanjang 4 Tahun, YB Hannah Yeoh Tidak Pernah Sekalipun Sebar Injil Dalam 300 Projek Bersama Komuniti" - Wong Chen

Wong Chen, Ahli Parlimen Kelana Jaya (baju cerah, tengah) dengan pemimpin-pemimpin komuniti
Subang Jaya bersama YB Hannah Yeoh yang membuat laporan polis di Balai Polis Subang Jaya 

Oleh Wong Chen (Ahli Parlimen PKR untuk Kelana Jaya):

Pada 4 petang hari ini, saya menyertai pemimpin-pemimpin komuniti Subang Jaya untuk memberi sokongan kepada YB Hannah Yeoh sambil dia membuat laporan polis berkenaan dakwaan bahawa dia telah menyalahgunakan kuasanya sebagai ahli politik untuk melaksanakan strategi "Kristianisasi". Dakwaan-dakwaan yang jahat dan tidak bertanggungjawab itu telah dipetik dan disebarkan oleh kedua-dua media dan laman internet UMNO dan PAS. 

Kenyataan Media Hannah Yeoh: "Buku Papar Kisah Peribadi, Bukan Jadi DAP Atau Kristian"


Kenyataan media Hannah Yeoh pada hari Isnin 15 Mei 2017:

Saya merujuk artikel tulisan Kamarul Yusoff bertajuk “Hannah Yeoh Contoh Hipokrasi Terbesar DAP” yang mempersoal komitmen DAP dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular. Beliau mempergunakan ekspresi saya sebagai seorang Kristian dalam buku “Becoming Hannah: A Personal Journey” dan dalam catatan-catatan peribadi saya sebagai peluru untuk menyerang DAP. Sejak penerbitan tulisan Kamarul ini, laman web dan portal media termasuklah Harakah Daily dan Utusan Malaysia telah menyebarkan tuduhan yang lebih kurang sama, sampai ada pula yang menuduh DAP mempunyai agenda Kristianisasi berdasarkan buku saya itu.

'Agenda Kristian': Speaker Adukan Pensyarah Pada Polis


Speaker Selangor Hannah Yeoh hari ini membuat laporan polis terhadap seorang pensyarah kerana mendakwanya mahu membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian.