Memaparkan catatan dengan label England. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label England. Papar semua catatan

Selasa, 18 Oktober 2022

Kisah Hidup C.S. Lewis - Penulis "The Chronicles Of Narnia"


C.S. Lewis terkenal sebagai pengarang "The Chronicles of Narnia" tetapi tidak ramai orang yang mengenali kisah dalam hidup C.S. Lewis sendiri. Inilah kisahnya: 

"Saya tinggi, gemuk, agak botak, dengan wajah kemerah-merahan, dagu berlapis, berambut hitam dan mempunyai suara yang dalam, dan memakai cermin mata untuk membaca," Clive Staples Lewis telah menulis kepada seorang peminat muda pada 1954. Jika pengarang yang terkenal ini cenderung memerhatikan pakaian, dia mungkin dapat menambah bahawa seluar panjangnya sering amat perlu diseterika, jaketnya usang dengan kesan carikan dan bekas makanan, kasutnya terhakis dan usang di bahagian tumit.

Selasa, 20 September 2022

'Kita Akan Bertemu Lagi': Baca Khutbah Penuh Bishop Besar Canterbury di Kebaktian Pengebumian Ratu Elizabeth


Sambil jutaan orang di sekeliling dunia menyaksikan pengebumian Ratu Elizabeth II, Bishop Besar Canterbury, Justin Welby menyatakan dalam khutbahnya bahawa "sedikit saja pemimpin menerima pencurahan kasih sayang seperti yang kita saksikan" untuk Baginda.

Welby menyatakan juga bahawa Ratu itu telah mengatakan, "kita akan bertemu lagi" sewaktu siaran awamnya semasa penutupan dan penyekatan COVID-19 pada 2020, dan orang-orang yang meratapinya yang "mengikuti teladan dan inspirasi iman dan kepercayaan Ratu pada Tuhan" dapat mengatakan hal yang sama. 

"Perkhidmatan semasa hidup, pengharapan dalam kematian," dia berkata di Westminster Abbey pada hari Isnin. 

Baca seluruh khutbahnya di sini:

Selamat Tinggal, Ratu Elizabeth

Keranda Ratu Elizabeth dibawa dari Westminster Hall
ketika upacara pengebumian di London (Foto AP)

LONDON: Britain mengucapkan selamat tinggal kepada Ratu Elizabeth II hari ini dalam upacara pengebumian yang dihadiri pemimpin dunia, disusuli perarakan penuh adat melalui jalan raya London.

Ribuan orang berhimpun untuk menyaksikan keranda diliputi bendera, dengan hiasan diraja termasuk Mahkota Imperial State, dibawa dalam perarakan penuh adat dari Westminster Hall, di mana baginda ditempatkan untuk penghormatan terakhir sejak Rabu lalu.

Jumaat, 16 September 2022

Agong, Raja Permaisuri Berangkat Ke UK Beri Penghormatan Terakhir Kepada Ratu Elizabeth II


SEPANG: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini, berangkat ke United Kingdom (UK), London bagi memberi penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II yang mangkat pada 8 September lalu.

Lawatan khas Al-Sultan Abdullah bagi memenuhi jemputan rasmi kerajaan UK selama enam hari bermula hari ini, diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Rabu, 14 September 2022

Gereja-Gereja Akan Menyiarkan Siaran Langsung Pengkebumian Diraja Ratu Elizabeth


Dengan London yang penuh sesak dengan orang, sesetengah gereja di sekeliling negara sedang bersiap sedia untuk mengalu-alukan orang ramai untuk menonton bersama-sama pengebumian diraja Ratu Elizabeth.

Tempat-tempat awam seperti gereja-gereja akan dibenarkan menyiarkan siaran langsung pengebumian diraja Ratu pada hari Isnin tanpa syarat lesen TV seperti kebiasaannya.

Selasa, 13 September 2022

Detik Mengharukan Ketika Satu Sinaran Matahari Terpancar Ke Atas Keranda Ratu Elizabeth; Foto Menjadi Viral


Satu sinaran tunggal matahari yang terpancar dari langit telah dirakam oleh kamera memancar ke atas keranda Ratu Elizabeth II dalam satu perarakan yang membawa jenazahnya ke Katedral St. Giles di Edinburgh.

Ratusan ribu orang dapat dilihat membarisi jalan-jalan sewaktu perarakan yang dipimpin oleh Raja Charles III itu, dalam usaha mengucapkan selamat tinggal terakhir mereka kepada monarki yang paling panjang tempoh perkhidmatannya dalam sejarah.

Jumaat, 9 September 2022

Pelangi Muncul Di Istana Windsor, Istana Buckingham

Pelangi muncul ketika orang ramai berkerumun di luar Istana Buckingham
selepas pengumuman kemangkatan Ratu Elizabeth II

LONDON: Hari ini, jutaan rakyat United Kingdom (UK) berkabung selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Bukan sahaja di UK, bahkan di negara lain, ribuan orang berkumpul sebagai tanda menzahirkan takziah kepada keluarga diraja itu.

Dalam kesedihan dengan pemergian Ratu Elizabeth II, kehadiran pelangi di beberapa lokasi di UK termasuk di Istana Windsor sedikit-sebanyak 'mewarnai' hati rakyat UK yang sedang suram.

Ratu Elizabeth II Mangkat Pada Usia 96 Tahun


LONDON: Ratu Elizabeth II, monarki Britain yang paling lama bertakhta dalam sejarah negara itu, mangkat pada usia 96 tahun.

Istana Buckingham, dalam satu kenyataan ringkas, memaklumkan kemangkatan baginda dan bermulanya tempoh berkabung selama 10 hari, ketika seluruh dunia mengucapkan takziah dan mengimbau kembali kegemilangan pemerintahan baginda.

Selasa, 24 Disember 2019

Jurgen Klopp: "Yesus Adalah Peribadi Paling Penting Dalam Sejarah"


Jurgen Klopp adalah pengurus Liverpool FC, salah satu pasukan bola sepak Inggeris yang paling berjaya. 

Klopp adalah salah satu tokoh paling menonjol dalam dunia sukan di negara asalnya, Jerman, dan kini telah menjadi seorang jurulatih yang amat dihormati di UK. 

Jumaat, 13 Disember 2019

Agong Hadir Majlis Santapan Bersama Ratu Elizabeth II



YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menghadiri majlis santapan tengah hari bersama Ratu Elizabeth II di istana Buckingham, semalam.

Selasa, 22 Januari 2019

Ketua Church of England Mendedahkan, "Saya Berdoa Dalam Bahasa Roh Setiap Hari"

Bishop Besar Justin Welby

Bishop Besar Canterbury, yang dikenali sebagai ketua Church of England, telah mendedahkan bahawa dia berdoa dalam bahasa roh setiap hari. 

Jumaat, 19 Oktober 2018

Ahad Lepas Saya Beribadah Di Gereja Hillsong


Pada Ahad lepas saya beribadah di Gereja Hillsong London, yang terletak di kawasan pusat bandaraya London. Gereja itu menyewa Dominion Theatre untuk mengadakan empat kebaktian pada setiap hari Ahad.

Khamis, 18 Oktober 2018

Sabtu Lepas Saya Beribadah Di Westminster Abbey

Westminster Abbey di London

Westminster Abbey di London adalah sebuah gereja yang bersejarah dan penting di London. Ianya terletak berdekatan Rumah Parlimen dan Big Ben di samping Sungai Thames. Sejak 1066, semua pertabalan raja dan ratu England telah diadakan di Westminster Abbey.

Rabu, 17 Oktober 2018

Cuba Teka... Siapa Yang Saya Temui Di London?


Pada minggu lepas, saya sempat mengunjungi London semasa mengikuti kursus pendek di sana. 

Saya sempat melawat beberapa lokasi tarikan pelancong di ibu kota England itu. antaranya Big Ben, Tower Bridge, Buckingham Palace dan lain-lain lagi.

Jumaat, 15 Julai 2016

Jumlah Orang Tak Beragama Melebihi Orang Kristian Di England & Wales - Kajian


Menurut satu kajian baru oleh Universiti Katolik St. Mary, orang tanpa agama sekarang melebihi jumlah orang Kristian di England dan Wales. Menurut The Guardian, pada tahun 2011, 46 peratus dari populasi di England dan Wales mengatakan mereka tidak mempraktikkan agama apapun atau biasa disebut “Tiada Agama”, tetapi angka untuk “Tiada Agama” ini naik ke 48.5 peratus pada 2014. Di sisi lain, penganut agama Kristian – yang meliputi Anglikan, Katolik, dan denominasi lain – terdiri dari 43.8 peratus dari populasi di England.

Sabtu, 9 Julai 2016

Gereja-Gereja Pentakosta dan Karismatik Makin Maju, Manakala Church of England Mengalami Kemunduran

Hillsong Church London mengadakan empat kebaktian ibadah, yang dihadiri oleh 8,000 orang,
pada setiap Ahad di Dominion Theatre (Foto daripada Hillsong Church London)

CANTERBURY. England (RNS): Penutupan gereja bukanlah perkara baru di negara ini.

Dalam masa enam tahun yang lepas, 168 gereja Church of England telah ditutup, bersama dengan 500 gereja Methodist dan 100 gereja Roman Katolik.