Khamis, 26 April 2012

Lin dan Tebow Dalam Senarai 100 Orang Paling Berpengaruh Di Dunia

Jeremy Lin dan Tim Tebow telah terpilih dalam Senarai 100
Orang Paling Berpengaruh Di Dunia Majalah Time 2012

Jeremy Lin dan Tim Tebow telah terpilih dalam Senarai 100 Orang Paling Berpengaruh Di Dunia dalam Majalah Time 2012. Kedua-dua Lin dan Tebow adalah ahli sukan Kristian yang komited. Kisah kesaksian mereka telah dimuatkan dalam blog "domba2domba" pada bulan Februari lalu. 

Pemain point guard New York Knicks, Jeremy Lin dan pemain quarterback New York Jets, Tim Tebow telah dipilih oleh Majalah Time sebagai dua daripada 100 Orang Paling Berpengaruh Di Dunia (2012).

Rabu, 18 April 2012

Juara Masters Bubba Watson Bersaksi Untuk Tuhan




Bubba Watson melambai kepada
peminat-peminatnya selepas
memakai jaket hijau juara
Bubba Watson, memenangi Kejohanan Masters untuk pertama kali, mendapat jaket hijau kemenangan pada Hari Kebangkitan, baru-baru ini menyebut tentang menghantar tweet untuk bersaksi bagi Tuhan, tentang pengajian Alkitab PGA yang dia sertai dan tentang anak angkatnya yang baru.

Watson, 33 tahun, bercakap dengan Billy Graham Evangelistic Association selepas memenangi Kejohanan Masters 2012 pada hari Ahad. Pemain golf itu, yang dengan air mata, mengucapkan terima kasih kepada "Tuhan dan Juruselamatku, Yesus Kristus" selepas kemenangan besar itu, mengatakan bahawa dia menggunakan akaun Twitternya untuk mengembangkan iman Kristiannya.

Khamis, 12 April 2012

Wira Terakhir Nahas Kapal "Titanic"

Kapal "Titanic" yang membawa 2,223 penumpang karam selepas
bertembung dengan aisberg di Lautan Atlantik pada 15 April 1912
Pada 15 April 1912, Kapal Titanic dalam pelayaran sulungnya dari England ke Amerika telah berlanggar dengan aisberg di Lautan Atlantik mengorbankan 1,517 jiwa daripada 2,223 penumpangnya. Hanya 706 orang terselamat dalam nahas itu (kebanyakannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak yang sempat menaiki "lifeboat" yang diturunkan dari kapal Titanic). Penumpang-penumpang lain yang terjatuh ke dalam air laut hampir kesemuanya mati lemas ataupun  mati kesejukan dalam air yang sejuknya umpama ais. Sempena Ulangtahun Ke-100 Tenggelamnya Kapal Titanic, bacalah kisah seorang wira dalam nahas tersebut...

John Harper
John Harper telah dilahirkan dalam keluarga Kristian di Glasgow, Scotland, pada tahun 1872. Semasa dia berusia lebih kurang 14 tahun, dia telah menyerahkan hidupnya kepada Kristus, dan bermula saat itu, dia mula memberitahu orang lain mengenai Kristus. Pada umur tujuh belas tahun, dia mula mengkhabarkan Injil dengan keluar ke jalan-jalan di kampungnya dan mencurahkan isi hatinya dengan rayuan agar manusia berdamai dengan Tuhan.

Isnin, 2 April 2012

Potret Seorang Anak

Potret Seorang Anak
Suatu ketika dulu, ada seorang lelaki yang sangat kaya dan mempunyai seorang anak lelaki yang setia. Mereka berdua mempunyai minat yang sangat mendalam dalam mengumpulkan hasil seni. Mereka kerap ke luar negara dan membeli hasil-hasil seni terbaik. Rumah mereka dihiasi dengan pelbagai lukisan menakjubkan hasil seni pelukis ternama seperti Picasso, Van Gogh, Monet dan banyak lagi.

Lelaki kaya berstatus duda tersebut melihat anaknya dengan kepuasan kerana telah mewarisi minat yang sama dengannya. Kebolehan anaknya itu dalam berurusniaga dengan para pelukis seluruh dunia sangat disanjung oleh bapanya.