“Linsanity” bukan hanya melanda Amerika, malah tersebar ke seluruh dunia. Bacalah terjemahan daripada petikan artikel “The 'Lin-spiring' success of Jeremy Lin” yang ditulis oleh Wilson Lee Flores dan diterbitkan dalam the Philippine Star bertarikh 19 Februari 2012.
Peminat-peminat bukan bola keranjang pun sedang mengalami demam baru yang dipanggil “Linsanity” (kegilaan akan Lin). Anak saudaraku yang kecil, Luke pun asyik memperkatakan tentangnya; dalam satu ucapanku pada 16 Februari semasa berucap di hadapan pelajar-pelajar kolej di Kolej Chiang Kai Shek di Manila, para hadirin menjadi teruja apabila aku menyebut nama Lin.
Pengacara TV dan legenda bola keranjang Chris Tiu berkata dalam rancangan 24 Oras di saluran GMA-7 mengenai bintang baru NBA dan graduan ekonomi Harvard yang rendah hati Jeremy Lin: “Berimanlah dalam Tuhan… maksudku, itulah salah satu sebab utama mengapa dia boleh berjaya meskipun segala sesuatu yang dia lalui.”
Walaupun Yao Ming pernah bermain di NBA, pemikiran stereotaip di Amerika masih menganggap bahawa orang keturunan Cina atau Asia tidak dapat bermain cemerlang dalam sukan, dengan itu Lin tidak mendapat apa-apa tawaran biasiswa sukan untuk kolej dan tidak dipilih dalam draf sejak menamatkan pengajian di Harvard.
Lin mewakili Harvard dalam Ivy League |
Pasukan NBA, Golden State mendapatkan dia sebagai pemain bebas yang tidak terpilih dalam draf tetapi tidak memberi dia banyak kesempatan untuk bermain dan melucutkan dia pada 9 Disember tahun lepas, kemudian Houston mendapatkan dia pada 12 Disember dan juga kurang memakainya sebelum melucutkannya pada Hari Krismas 25 Disember. Tertolak dan tertewas, dia mengambil keputusan untuk berhenti mencuba menguasai segala sesuatu dan sebaliknya berserah kepada Tuhan. Dia memulakan setiap pagi dengan saat teduh dan doa sebelum turun berlatih di gim, dan dia membisikkan ayat Alkitab ini setiap kali dia berasa khuatir: “Kita tahu sekarang, bahwa Allah turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia, yaitu bagi mereka yang terpanggil sesuai dengan rencana Allah.” (Roma 8:28)
Lin kemudiannya menyertai New York Knicks, pasukan yang makin menurun dan kalah pada 27 Disember; dan dilaporkan bahawa ianya hampir menjadi pasukan NBA ketiga yang akan melucutkannya juga, tetapi pemain-pemain bintang telah direhatkan kerana kecederaan dan kematian dalam keluarga, jadi dengan itu jurulatihnya memberi Lin bermain lebih lama dari biasa pada 4 Februari. Lin mengejutkan semua orang dengan persembahan bola keranjang yang tiada tolok bandingnya pada malam itu, dan begitulah kisahnya mula diketahui umum.
Lin di muka depan Sports Illustrated 20 Feb 2012 |
“Adalah sangat jarang sekali berlaku, terutama bagi pemain yang tidak termasuk draf (proses pemilihan pemain baru NBA),” jurulatih Boston Celtics Doc Rivers memberitahu Boston Herald mengenai kejayaan Lin yang mengejutkan. Tambahnya lagi: “Ada beberapa kes pemain-pemain yang terpilih dalam draf (ke NBA) dalam pusingan pertama lagi, dan disampaikan dari satu pasukan ke satu pasukan lain, akhirnya mereka menjadi matang. Ini berbeza sebab tiada seorangpun yang memilih dia dalam draf. Apabila mereka tidak memilih dia dalam draf, bererti mereka mengatakan bahawa mereka tidak percaya bahawa dia boleh bermain, dan kemudiannya mereka telah melucutkannya beberapa kali, dan sekarang dia melakukan ini... Aku sangat ingin tahu apa yang ada dalam fikirannya, sebab dia semestinya seorang anak muda yang kental, anak muda yang benar-benar kental untuk melalui semua itu dan masih melakukan apa yang dia lakukan.”
Jeremy Lin bersorak semasa perlawanan |
Pengarah Hollywood Spike Lee berkata: “Anak muda ini selalu diketepikan orang, dia telah menjadi anak muda yang merupakan jaguh antarabangsa sekarang. Sangat luarbiasa. Di seluruh dunia, mereka memperkatakan tentang Lin. Sesuatu telah berlaku yang tidak dapat dijelaskan.”
Selepas 28 mata jaringan dan lapan assists pada 6 Februari (yang mana dilaporkan oleh New York Times demikian “Lin sekali lagi menyemarakkan para penonton dan melonjakkan Knicks ke kemenangan mengkagumkan 99-88 ke atas Utah Jazz”), Lin berkata kepada para wartawan: “Tuhan bekerja dalam cara yang penuh misteri dan ajaib.”
Dalam satu wawancara dengan San Jose Mercury News, California, Lin berkata: “Kadang-kadang kita berhadapan dengan sebuah gunung dan akhirnya kita menjadikan gunung itu kelihatan lebih besar daripada Tuhan.” Dia menambah bahawa pada tahun lepas sewaktu dia bersama Golden State Warriors: “Aku sentiasa tertekan. Aku meletakkan semua tekanan yang tidak perlu ke atas diriku. Kini, aku berasa diriku sudah bebas.”
Dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga Kristian keturunan Cina yang berasal dari Taiwan, Lin bertumbuh kuat dalam imannya di Chinese Church in Christ di Mountain View, California. Usaha kuatnya, disiplinnya dan pendidikan universiti terbaik yang dialaminya pun tidak dapat menjelaskan dengan sepenuhnya bagaimana dia telah memecahkan rekod-rekod NBA. “Tidaklah, tapi aku percaya pada Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui yang melakukan mukjizat,” kata Lin.
Jeremy Lin menjelaskan kepada pihak media: “Aku akan katakan bahawa ianya suatu mukjizat sebab bila-bila masa sesuatu seperti ini berlaku, banyak perkara harus terjadi terlebih dahulu, dan kebanyakannya adalah di luar penguasaanku... kalau anda mengimbas kembali kisahku, tidak kira di mana anda perhatikan, tetapi cap jari Tuhan ada di seluruh tempat, di mana ada banyak perkara yang perlu terjadi yang tidak di bawah penguasaanku. Anda mungkin boleh cuba menganggapnya sebagai kebetulan, tetapi pada akhirnya ada 20, 30 perkara, apabila anda gabungkan semuanya itu, yang perlu berlaku pada waktu yang tepat untukku berada di sini. Jadi, itulah sebab aku memanggilnya mukjizat.”
Di tengah-tengah kejayaan yang boleh melemaskan, Lin memberitahu San Jose Mercury News mengenai pengumulan dalaman yang berterusan dan keutamaannya: “Ada begitu banyak godaan untuk terus berpegang kepada karierku lebih lagi sekarang,” kata Lin. “Untuk mencuba mengurus secara terperinci dan menguasai setiap aspek. Tetapi itu bukan cara yang aku mahu melakukannya lagi. Aku sedang berfikir tentang bagaimana aku boleh lebih percaya kepada Tuhan. Bagaimana aku boleh lebih berserah? Bagaimanakah aku boleh lebih membawa kemuliaan kepada-Nya?
Kisah menyayat hati seorang yang tidak diberi peluang, yang cekal, yang ceria, yang sering beribadah di gereja dan sering berdoa mengenai Jeremy Lin mengingatkan saya tentang kisah “Linderella” yang teragung sekali – mengenai seorang anak tukang kayu yang miskin 2,000 tahun yang lalu yang juga tidak dikehendaki, tidak dihargai dan dihina tetapi yang mengatasi semua kesukaran untuk mengubah sejarah dunia.
Baca juga "Jeremy Lin - Bintang Baru NBA Ingin Memuliakan Tuhan Lagi"
Baca juga "Jeremy Lin - Bintang Baru NBA Ingin Memuliakan Tuhan Lagi"