Iqbal Harith Liang memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa anak
guamnya mahukan peluang untuk berhujah kesnya di mahkamah sivil berbanding
mahkamah syariah.
Katanya, wanita itu tidak boleh dijangka akan mendapatkan
penyelesaian di mahkamah syariah memandangkan sentimen terhadap orang yang mahu
menukar agama.
“Dia adalah mangsa keadaan, yang bukan kerana tindakannya
sendiri.
“Dia jenis yang mengejar cinta sampai ke hujung. Tetapi
malangnya percintaan itu terhalang oleh garis agama di negara ini.
ADS
“Sekarang dia terperangkap untuk bebas dan kembali ke
identiti Kristian,” katanya terhadap tiga panel hakim yang diketuai oleh Supang
Lian.
Wanita 26 tahun itu memohon kebenaran untuk membuat semakan
kehakiman bagi mengeluarkan namanya daripada daftar mualaf.
Panel hakim–yang turut dianggotai oleh Lim Chong Fong
dan Ahmad Fairuz Zainol Abidin–tidak membuat sebarang keputusan hari ini.
Pengurusan kes akan berlangsung pada 11 Oktober depan bagi
menetapkan tarikh penyampaian keputusan.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Sept lepas menolak
permohonan wanita itu dan memutuskan ia berada bawah bidang kuasa mahkamah
syariah.
Wanita itu memeluk Islam pada 18 Ogos 2017 untuk berkahwin
dengan seorang lelaki beragama Islam.