Sabtu, 26 Januari 2013

Manifesto Modesto - Petua untuk Pelayanan

Tiga daripada empat orang yang telah merumuskan
Manifesto Modesto yang asal pada tahun 1948
(Dari kiri: Cliff Barrows, Billy Graham, Bev Shea)

 
Pertolongan untuk Kehidupan dalam Pelayanan 
daripada Billy Graham Evangelistic Association

KEJUJURAN

Adalah diputuskan bahawa tidak akan ada sebarang komunikasi disampaikan kepada media dan Gereja yang telah diperbesarkan atau ditokok-tambah. Bilangan hadirin dan orang yang ingin diselamatkan tidak akan diperbesarkan untuk tujuan memberi gambaran lebih baik terhadap Billy Graham Evangelistic Association.


INTEGRITI

Adalah diputuskan bahawa hal-hal kewangan akan dilaporkan kepada sidang lembaga pengarah untuk penilaian dan kelulusan untuk perbelanjaan. Setiap Rapat Umum tempatan akan mengamalkan dasar "buku terbuka" dan menerbitkan laporan ke mana dan bagaimana kewangan digunakan.


KESUCIAN

Adalah diputuskan bahawa ahli-ahli Pasukan Pelayan akan mengambil perhatian rapi untuk mengelakkan godaan - tidak sesekali bersendirian dengan wanita lain, dan memberi pertangunggjawab kepada satu sama lain. Para isteri sentiasa dimaklumkan tentang aktiviti dalam perjalanan supaya para isteri dapat merasakan mereka juga sebahagian daripada Rapat Umum yang dijalankan.


KERENDAHAN HATI 

Adalah diputuskan bahawa ahli-ahli Pasukan Pelayan tidak akan mengucapkan hal yang negatif mengenai Pastor/Pendita yang lain, tidak mengira aliran denominasinya atau yang berbeza pandangan teologia serta amalannya. Misi penginjilan termasuklah menguatkan Tubuh Kristus dan juga membinanya.



(Manifesto Modesto ini telah dirumus oleh empat pemuda iaitu Billy Graham, Cliff Barrows, George Bev Shea dan Grady Wilson di Modesto, California pada 1948. Apabila Billy Graham Evangelistic Association ditubuhkan secara rasmi pada 1950, Manifesto Modesto menjadi dasar dalam pelayanan pertubuhan itu)

(Diterjemah daripada artikel "Modesto Manifesto" dari laman web Heritage Park)