Pada tahun 1990, sekumpulan pelajar perempuan dan dua orang guru mengikuti sebuah kem muda-mudi yang telah membawa kebangunan rohani kepada ahli-ahli dan gereja-gereja di Kuching. Sebagai salah satu kejadian penglihatan terbuka yang paling kerap diceritakan di Kuching, tanda-tanda dan keajaiban di Pantai Siar telah terus membawa impak dalam kehidupan ramai orang.
"Masih jelas dalam fikiranku. Aku tidak dapat lupakan pengalaman-pengalaman seperti ini," kata Florence Tan, salah seorang daripada 37 pelajar perempuan yang mengikuti kem Anglican Youth Society yang menakjubkan itu lebih kurang 20 tahun yang lalu. Sebagai pelajar berusia 14 tahun, dia masih ingat penukaran tempat kem apabila dua guru itu memberitahu pelajar-pelajar itu bahawa mereka akan ke Pantai Siar dan bukannya ke Pantai Pandan seperti yang telah dirancangkan.
Florence Tan dengan gambar-gambar lakaran akan tanda-tanda dan keajaiban seperti yang diterbitkan oleh salah seorang gurunya selepas kem di Kuching |
"Dengan penukaran tiba-tiba itu, kami yang baru Tingkatan Dua, mengikut saja guru-guru kami," kata Florence. Banglo kayu yang terpencil itu yang cuma 2 kilometer dari tujuan asal mereka itu menjadi tempat tinggal untuk kem tiga hari dua malam itu. Penukaran tempat dan penangguhan sehari untuk kem itu tidak dijangka; tetapi ianya merupakan sebahagian rencana indah Tuhan untuk pelajar-pelajar itu. Kem itu telah ditangguh sehari kerana aktiviti di sekolah. "Banglo itu rupanya seperti rumah panjang dengan beranda yang panjang," tambahnya. Florence masih ingat membersihkan rumah itu bersama pelajar-pelajar yang lain dan memandang ke laut yang berlumpur itu.
Semasa sesi doa malam, salah seorang guru, Cikgu Susie Lu meminta pelajar-pelajar perempuan itu untuk berpuasa dan menantikan Tuhan. Tuhan telah berbicara kepadanya dan memberitahunya bahawa Dia akan menunjukkan kepada mereka tanda-tanda dan keajaiban pada 2 pagi. Pelajar-pelajar itu disuruh bertaubat dan mereka meneruskan dalam penyembahan dan berdoa dalam bahasa lidah. "Kami menangis dan bertaubat dengan segenap hati," kata Florence.

Sebelum 2 pagi, pelajar-pelajar itu telah berkumpul di beranda. "Kami tidak merasa letih, kami semua kawan-kawan dan kami sangat teruja. Kami sedang menantikan sesuatu untuk berlaku, kemudian ada seorang berkata, 'Apa itu?" dia memberitahu. Langit pagi yang gelap tiba -tiba diterangi dengan awan-awan yang secara perlahan-lahan membentuk imej dan perkataan.
"Aku ingat dengan jelas kata-kata 'joy, love, peace' dibentuk pada awan-awan di langit," Florence memberitahu apa yang berlaku pada pagi itu. Ada perkataan I LOVE MY CHILDREN dan JESUS LOVES (bentuk hati) U di langit. Ada penglihatan burung merpati, pedang dengan nama Jesus di bahagian pemegangnya, perisai, mahkota, kesan jejak kaki, sebuah buku yang terbuka dengan pena bulu pelepah dan bentuk-bentuk hati di langit. Awan-awan itu akan bergabung dan berubah ke imej yang lain. Perubahan itu pantas, satu imej atau perkataan kian bertukar.
Walaupun banyak lagi formasi di langit, Florence mengingat dengan jelas "imej seorang penunggang di atas kuda. Dia sedang memakai mahkota." Selain itu, ada seorang yang memakai mahkota dan berjubah panjang sedang berdiri dengan dunia di bawah kakinya. Selain itu ada seorang yang duduk di takhta sedang berbicara dengan seorang di sebelah kanannya. Mereka memakai mahkota.
Akhirnya, kata-kata "GO PREACH" tertulis di angkasa dan "seorang yang berjanggut dengan air mata mengalir di mukanya." Florence mengingati dengan kagum tanda-tanda dan keajaiban yang dibentangkan kepada mereka pada malam itu. Semua pelajar-pelajar perempuan itu menyaksikan penglihatan-penglihatan itu yang berlangsung satu jam setengah.
Pada keesokan harinya, pelajar-pelajar itu mendapat lagi penglihatan terbuka ketika baptisan air pada sebelah petang. Di tempat di mana 18 pelajar perempuan akan dibaptis, langit "terbuka" di tengah-tengah awan.
Florence menjelaskan kelihatan sebuah buku yang terbuka, dengan pena bulu pelepah di atasnya dalam formasi awan itu. "Pada ketika seorang pelajar turun ke dalam air, namanya akan dibentuk oleh awan-awan di atas buku itu," dia menjelaskan dengan sukacita. "Aku sungguh teruja. Nama itu berubah setiap kali seorang pelajar turun ke dalam air," sambungnya dengan teruja sambil mengingati keajaiban melihat nama setiap pelajar tertulis di langit satu persatu.
"Kami di sana dan menyaksikan segalanya," kata Florence. Sebahagian daripada pelajar-pelajar itu masih berhubung satu dengan lain sehingga hari ini dan mereka sering memperingati tarikh 5 Ogos sejak waktu itu.
Tanda-tanda dan keajaiban di Pantai Siar telah membawa kebangunan rohani ke persatuan Kristian pelajar-pelajar itu di Sekolah Menengah St. Mary, Kuching. Kehadiran untuk persatuan telah bertambah lebih dua kali ganda ahli-ahlinya yang lapan puluh lebih orang. Sebahagian daripada pelajar-pelajar itu juga telah memberi kesaksian di gereja mereka masing-masing.
"Aku memberitahu anak-anakku tentang penglihatan terbuka itu. Anak-anakku yang lebih tua mengerti dan percaya kepada Tuhan," katanya. Florence, dengan suaminya Billy dan anak-anak mereka tinggal di Kuching. Keluarga mereka beribadah di Blessed Sacrament Church.
(Diterjemah daripada artikel Christianity Malaysia bertajuk "Revisting Wonders" bertarikh 2 Mac 2013 penulisan Donna Uning)
Lakaran Seorang Bermahkota dan Berjubah Panjang Di Atas Dunia |