Buku Ben-Hur - A Tale of the Christ oleh Lew Wallace (edisi pertama 1880) |
Filem terbaru Ben-Hur akan ditayangkan di pawagam pada minggu ini, dan seawal 2014 MGM dan Paramount telah berjanji bahawa filem itu akan kembali kepada "novel epik Lew Wallace yang mengfokus kepada ciri iman." Dalam satu temubual baru-baru ini, pengarah Timur Bekmambetov juga menyebut novel Wallace ketika membincangkan visinya untuk Ben-Hur (2016).
Berikut beberapa fakta menarik dan penting sejarah Ben-Hur yang berbaloi untuk diketahui jika anda merancang untuk menonton filem baru itu:
1. Meskipun tarikh penerbitan buku itu pada 1880, Ben-Hur adalah karya fiksyen nombor 1 paling laris pada abad ke-19 di Amerika Syarikat.
Ulasan asal New York Times (14 Nov 1880) menyifatkan penceritaan episod Perjanjian Baru dari kehidupan Kristus oleh Wallace sebagai "penuh dengan kecintaan agama."
2. Novel Ben-Hur adalah sumber penginjilan yang diperakui.
Para pembaca menulis kepada Wallace menceritakan pengalaman keselamatan rohani yang baru menerusi pembacaan buku itu. Novel itu juga sering dibacakan di samping Alkitab dalam kebaktian Gereja dan Sekolah Minggu. Banyak daripada kesaksian peribadi ini masih tersimpan dalam arkib.
Dalam ceramahnya pada 1890an, "Bagaimana Saya Telah Menulis Ben-Hur," Wallace mendedahkan bahawa dia menulis kisah Ben-Hur untuk menyelidik imannya sendiri, setelah mendengar ateis terkenal Robert Ingersoll mempersoalkan kewujudan Tuhan. Dulunya "tiada keyakinan mengenai Tuhan atau Kristus," Wallace telah menulis Ben-Hur "dengan penuh hormat, dan seringkali dengan rasa takjub".
4. Wallace beralih dari menjadi seorang pengarang kepada menjadi duta Amerika Syarikat secara mendadak.
Presiden Garfield sangat terkagum dengan novel itu, dan pada 1881 melantik Wallace menjadi Menteri ke Turki kerana "kekayaan budaya" yang ditunjukkan dalam penceritaannya yang terperinci mengenai Asia Barat yang kuno. Wallace sebelum itu pernah berkhidmat sebagai Major Jeneral untuk pihak Union dalam Perang Saudara dan Gabenor Wilayah Mexico Baru.
5. Ben-Hur mempunyai persatuan persaudaraannya sendiri.
Satu organisasi persaudaraan dan perniagaan insurans, Supreme Tribe of Ben-Hur, telah diasaskan pada 1894. Salah satu daripada hanya beberapa persatuan persaudaraan pada zaman itu untuk menerima keahlian lelaki dan wanita, Tribe itu mempunyai ritual keahlian baru yang melibatkan lakonan semula berseragam babak-babak dari Ben-Hur. Tribe tersebut aktif sehingga 1988.
6. Satu siri pementasan Ben-Hur membabitkan kereta kuda dengan kuda-kuda yang hidup.
4. Wallace beralih dari menjadi seorang pengarang kepada menjadi duta Amerika Syarikat secara mendadak.
Presiden Garfield sangat terkagum dengan novel itu, dan pada 1881 melantik Wallace menjadi Menteri ke Turki kerana "kekayaan budaya" yang ditunjukkan dalam penceritaannya yang terperinci mengenai Asia Barat yang kuno. Wallace sebelum itu pernah berkhidmat sebagai Major Jeneral untuk pihak Union dalam Perang Saudara dan Gabenor Wilayah Mexico Baru.
5. Ben-Hur mempunyai persatuan persaudaraannya sendiri.
Satu organisasi persaudaraan dan perniagaan insurans, Supreme Tribe of Ben-Hur, telah diasaskan pada 1894. Salah satu daripada hanya beberapa persatuan persaudaraan pada zaman itu untuk menerima keahlian lelaki dan wanita, Tribe itu mempunyai ritual keahlian baru yang melibatkan lakonan semula berseragam babak-babak dari Ben-Hur. Tribe tersebut aktif sehingga 1988.
6. Satu siri pementasan Ben-Hur membabitkan kereta kuda dengan kuda-kuda yang hidup.
Pada 1899, pengatur pementasan Klaw dan Erlanger telah menyesuaikan novel itu untuk menjadi drama pementasan Broadway, yang telah dibawa jelajah selama 21 tahun. Pelbagai kereta kuda, dengan kuda-kuda yang berlari di atas landasan bergerak, memenuhi pentas dalam babak perlumbaan kereta kuda.
Poster 1901 untuk drama pementasan Ben-Hur yang dikelola oleh Klaw dan Erlanger |
7. Wallace tidak mengizinkan Penyaliban untuk dipentaskan.
Wallace mengizinkan novelnya dijadikan drama pada 1899, dengan 2 syarat: Kristus tidak boleh diwakili oleh seorang pelakon, dan Penyaliban tidak boleh dipentaskan, "agar tidak mengganggu perasaan masyarakat Kristian" (Wallace, Indianapolis News, 1 Dis 1899).
8. Wallace membina bangunan untuk penyelidikan dan penulisan yang anda boleh kunjungi hari ini.
Pada 1896, pembinaan bermula pada bangunan untuk penyelidikan dan penulisan Wallace berdekatan rumahnya di Crawfordsville, Indiana. Bangunan itu mengandungi gabungan yang cantik seni bina Greco-Roman dan Byzantine, dan wajah Judah Ben-Hur terukir di kepingan batu di atas pintu masuknya. Bangunan untuk pembelajaran dan penulisan Wallace masih merupakan tempat yang mesti dikunjungi oleh peminat-peminat Ben-Hur.
Filem Ben-Hur 1959 yang membintangi Charlton Heston telah mencipta rekod Hollywood dengan memenangi 11 Anugerah Oscar termasuk anugerah untuk Filem Terbaik |
9. Ben-Hur telah mencipta sejarah Hollywood lebih dari sekali.
Filem Ben-Hur tanpa suara yang diarahkan oleh Fred Niblo telah membantu menjayakan studio gabungan baru Metro-Goldwyn-Mayer pada 1925. Filem 1959 arahan William Wyler yang membintangi Charlton Heston telah mendapat 11 Anugerah Oscar, suatu rekod yang masih dipegangnya bersama Titanic (1997) dan Lord of the Rings: The Return of the King (2003).
10. Sebelum 2016, suara dan wajah Kristus tidak pernah muncul dalam sesebuah persembahan Ben-Hur.
Filem-filem Ben-Hur terbitan MGM pada 1925 dan 1959 menunjukkan Kristus diwakili oleh seorang pelakon, tetapi tanpa wajah atau suara. Ini kemungkinan untuk menghormati pesanan asal Wallace bahawa persembahan-persembahan Ben-Hur harus mengekalkan suatu jarak sebagai penghormatan.
Treler berciri iman yang dikeluarkan baru-baru ini untuk Ben-Hur (2016) menunjukkan Kristus dengan suara, wajah dan tubuh. Pemaparan yang nyata kemanusiaan Kristus ini memberi harapan dapat mengulangi kesan novel asal ke atas para penonton. Sesungguhnya, pengaruh buku itu ke atas pembaca-pembaca asal untuk mencari keselamatan rohani adalah berdasarkan suara Kristus, terpelihara dalam petikan kata yang dicatat oleh Wallace dalam babak Penyaliban novel itu: "Aku adalah Kebangkitan dan Hidup."
Treler Ben-Hur (2016) yang mengandungi babak-babak Yesus
(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel The Christian Post bertajuk, "10 Essential Facts About The History Of Ben-Hur" yang ditulis oleh Emily Chow-Kambitsch bertarikh 19 Ogos 2016)