Rabu, 12 Oktober 2016

Charlie's Cafe Maju Terus Dengan Konsep "Bayar Ke Hadapan"

Suami isteri dari Sabah, Desonny Tuzan dan Debra Leong telah mengasaskan
Charlie's Cafe di Taman Desa, Kuala Lumpur pada Mei 2015 (Foto FMT)

KUALA LUMPUR: Selepas setahun setengah, Charlie's Cafe masih maju terus dengan inisiatif mereka untuk hidangan "Bayar Ke Hadapan" (Pay It Forward).

Kafe itu yang telah dibuka pada Mei tahun lepas di Taman Bukit Desa, di Kuala Lumpur telah menjadi terkenal untuk inisiatif mereka untuk hidangan "Bayar Ke Hadapan," yang membenarkan para pelanggan untuk membeli hidangan untuk orang-orang yang memerlukan. Pelanggan boleh bayar di antara RM5 ke RM15 untuk menampalkan resit ke dinding "Pay It Forward" kafe itu, yang boleh digunakan oleh orang-orang yang memerlukan yang memasuki kafe itu sebagai baucar makanan.

"Sistem Bayar Ke Hadapan itu tidak pernah disalahgunakan. Hanya orang-orang yang memerlukannya yang mengambil resit-resit itu," kata Desonny Tuzan, pemilik Charlie's Cafe, seperti dilaporkan oleh Sarah Voon dari Foodie vs World

Resit-resit yang dilekat di dinding "Pay It Forward" di Charlie's Cafe (Foto FMT)

Inisiatif itu telah berlangsung dengan lancar sejak waktu itu, dengan pihak kafe bekerjasama dengan ramai sukarelawan dan organisasi untuk membawa makanan kepada orang-orang yang tiada tempat tinggal dalam skala yang lebih besar. 

"Krismas yang lalu, (telah diadakan acara di mana) kami telah menjamu 100 orang setiap malam selama 2 malam," pemilik Charlie's Cafe, Desonny Tuzan memberitahu FMT di kafenya baru-baru ini. 
  
"Mereka adalah kanak-kanak dan orang-orang dewasa dari kawan-kawan kami yang tinggal di jalanan. Kami bekerjasama dengan NGO, dan juga menggunakan beberapa bas yang telah dibayar oleh beberapa kawan saya untuk membawa mereka. Sebenarnya, video ini (mengenai acara itu) telah diedit dengan baik oleh seorang pelanggan. Dia telah membaca mengenai kami dari The Star dan menawarkan diri untuk menyumbang," kata Desonny sambil dia menunjukkan rakaman video di telefon bimbitnya. 

Sepasang pelancong Poland menyumbangkan hidangan Bayar Ke Hadapan di Charlie's Cafe 

Menurut Desonny, yang berusia 42 tahun dan berbangsa Dusun dari Sabah itu, kafe itu menggaji dua pekerja dapur yang bekerja dengannya dan isterinya, Debra Leong yang berusia 36 tahun. Kafe itu terutamanya dikenali dengan kek keju, tom yam, nasi lemak, laksa Sarawak, mi kari dan chicken chop yang dihidangkan mereka.  

Salah satu tarikan unik kafe itu adalah ais krim Durian D24 yang dihidangkan mereka, yang telah mendapat ulasan tinggi melangit dari para pelanggan. Kafe itu tidak lama lagi akan menghidangkan Hinava, satu hidangan istimewa dari Sabah, yang disediakan dari ikan, cili, limau nipis dan bahan-bahan lain.  

Anda boleh mengunjungi Charlie's Cafe di 29, Jalan Bukit Desa 5, Taman Bukit Desa, KL (dibuka Isnin - Sabtu).



(Dipetik dan diterjemah daripada artikel Free Malaysia Today bertajuk, "Charlie's Cafe Powers On By Paying It Forward" yang ditulis oleh Mikha Chan bertarikh 11 Oktober 2016)