Mereka dipujuk melakukan upacara memakan daging dan minum darah sebagai syarat untuk menganut ajaran "Mother of God" sekali gus dijamin memasuki syurga.
Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Ahmad Zubaidi A. Latif berkata, wakil gerakan masuk kampus UniSZA dengan mempengaruhi pelajar bukan beragama Islam berjumlah 568 orang.
Siasatan mendapati dua wakil Church of God yang berusia awal
20-an menemui beberapa pelajar tahun akhir di perpustakaan dan medan selera
kampus UniSZA pada 13 Nov lalu, katanya.
Katanya, mereka memperdaya pelajar yang bukan beragama Islam kononnya mahu menemubual bagi projek kajian tahun akhir sebuah institusi pengajian tinggi swasta tempatan.
"Oleh kerana kita berada di sebuah universiti, kita ingin memastikan bahawa sebarang usaha daripada setiap anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab ini haruslah kita hentikan.
"Kita cuba pastikan ianya tidak berlarutan sehingga menyebarkan silap faham dan juga kecelaruan dalam kalangan anggota masyarakat yang lain," kata Ahmad Zubaidi.
Menurutnya, para pelajar kemudian memaklumkan perkara itu kepada Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA dan Jabatan Perpustakaan universiti itu sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Gong Badak pada 23 Nov lalu.
Ahmad Zubaidi berkata, susulan kejadian itu, pengurusan UniSZA mengambil langkah mengetatkan kawalan pintu masuk ke universiti terutamanya membabitkan individu mencurigakan.
Baca juga: "Tuhan Ibu?" - Ajaran Sesat "Church of God" Korea
(Diambil daripada artikel Astro Awani bertajuk, "Cubaan Ajaran Sesat 'Church of God' Di UniSZA Dipatahkan" bertarikh 3 Disember 2017)