KUCHING: Lebih dari 7,000 orang Kristian akan mengambil bahagian dalam Perarakan Krismas Kuching 2018 esok.
Perarakan dari 6 petang hingga 9.30 malam akan bermula di Padang Sukan Jubilee, Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di Padungan.
Pengerusi penganjur, William Ting berkata perarakan Krismas telah diadakan di sini untuk lebih 10 tahun.
Perarakan 4 km itu akan bergerak dari Padang Sukan Jubilee, MBKS ke Jalan Padungan, Jalan Tunku Abdul Rahman (Waterfront),
Lebuh Temple (Harbour View Hotel), Lebuh Wayang (Medan Pelita), Jalan Tabuan
(Ting & Ting Supermarket/Borneo Hotel), Jalan Ban Hock (Grand Continental
Hotel/MBKS flats), dan kemudian balik lagi ke Padang Sukan Jubilee, MBKS.
![]() |
Perarakan Krismas Kucbing 2014 |
Gereja-gereja yang mengambil bahagian adalah Roman Catholic Church, Anglican Church, Methodist Church
SCAC, Methodist Church SIAC, BEM (SIB) Church, Seventh Day Adventist Church, The
Salvation Army, Sarawak Baptist Church, Blessed Church, Sarawak Grace Assembly
Kuching, Hope Church Kuching, Calvary Family Church, Good News Fellowship, City
Harvest Church, and Fellowship of Evangelical Students (FES) dari universiti-universiti.
Program itu termasuklah pujian dan penyembahan dan juga pengedaran hadiah.
Ting berkata para peserta juga akan berdoa untuk negara dan rakyat.
"Dengan perarakan ini, kami berharap membawa kedamaian kepada negeri dan negara," katanya sambil menambah bahawa perarakan itu akan memaparkan 16 kereta berhias Krismas.
![]() |
Kereta berhias semasa Perarakan Krusmas Kuching 2015 |
(Diterjemahkan daripada artikel Borneo Post, bertajuk, "Over 7,000 To Join Kuching Christmas Parade" yang ditulis oleh Jacob Achoi bertarikh 7 Disember 2018)