TAMBUNAN: Kerajaan Negeri hari ini menyumbangkan dana RM1
juta bagi tabung pembinaan Gereja St Theresa di sini.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Mohd Shafie Haji Apdal
membuat pengumuman itu semasa lawatan ke Gereja St Theresa hari ini.
Semasa lawatan itu, Shafie disambut oleh Rev Father Rudolf
Joanes dan kemudian diberi taklimat oleh jawatankuasa bangunan baharu Gereja St
Theresa.
Sebelum itu Shafie berkata sebagai ketua menteri beliau
bertanggungjawab menjaga semua rakyat Sabah tanpa mengira agama dan bangsa.
Kos projek pembinaan Gereja St Theresa ialah RM8.8 juta dan
setakat ini sebanyak RM2.3 juta telah dipungut.
Dana RM2.3 juta itu adalah dari sumbangan Kerajaan
Persekutuan (RM2 juta) dan hasil kutipan dari umat (RM300,000).
Antara Menteri yang hadir bersama Shafie ialah Menteri
Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony, Menteri Pembangunan Luar Bandar
Datuk Ewon Benedick dan Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk
Aidi Mokhtar serta bekas Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum.
Semasa lawatan tersebut, Shafie sempat beramah-mesra dengan pemimpin Paroki Keningau.
(Diambil daripada artikel Sabah News Today bertajuk, "Shafie Umum Dana RM1 Juta Kerajaan Negeri Bantu Bina Gereja St Theresa Tambunan" bertarikh 20 Julai 2019)