Buzz Lightyear adalah salah satu watak popular dari filem animasi "Toy Story." Tahukah anda dari mana datangnya nama Buzz Lightyear itu?
Nama Buzz Lightyear telah diinspirasikan dari angkasawan Amerika, Edwin "Buzz" Aldrin yang bersama dengan Neil Armstrong, adalah dua manusia pertama menjejak kaki di bulan 50 tahun yang lalu.
Angkasawan Edwin "Buzz" Aldrin |
Buzz Aldrin, seorang Kristian yang komited, telah menjadi orang pertama mengambil perjamuan kudus di bulan setelah kapal pendaratan lunar mereka mendarat di permukaan bulan pada 20 Julai 1969.
Tindakan Buzz Aldrin itu telah dilakonkan oleh Bryan Cranston dalam satu episod HBO "From the Earth to the Moon."
Tontonlah babak dari episod HBO tersebut: