Isnin, 16 September 2019

Lebih 50,000 Orang Kristian Berdoa Untuk Kesatuan Pada Malam Pentakosta


KUCHING, 15 Sep: Jerebu yang berterusan tidak dapat menghentikan lebih 50,000 orang Kristian dari semua komuniti untuk berkumpul di Padang Jubilee untuk mengambil bahagian dalam pertemuan eukanimeka Malam Pentakosta yang julung kali diadakan dengan renungan, doa dan lagu-lagu yang dikhususkan sebagai doa bagi kesatuan. 

Malam kedua dari acara dua malam itu, memperlihatkan bukan sahaja orang-orang dewasa, tetapi warga tua, mereka yang berkerusi roda dan kanak-kanak mengambil bahagian. 

Ribuan rakyat Sarawak dari daerah-daerah luar bandar dan rumah-rumah panjang yang jauh telah datang ke acara itu.



Ramai orang Kristian dari Semenanjung dan Singapura juga hadir untuk memberi sokongan mereka. 

Pastor Philip Mantofa dari Surabaya, Indonesia berbicara kepada orang ramai itu, dengan berkata bahawa kesatuan Kristian adalah pekerjaan Roh Kudus, yang bererti orang-orang Kristian harus berdoa bersama-sama dalam suatu eukanisme rohani, suatu eukanisme doa."

Dia berkata orang-orang Kristian dapat berdoa dengan orang-orang Kristian dari denominasi-denominasi lain, dan menambah bahawa orang ramai harus lakukan itu sebab "kesemua kita menerima baptisan yang sama, kesemua kita mengikuti jejak langkah Kristus; kita inginkan Yesus." 

"Kita mesti lakukan segala usaha untuk bersama-sama berdoa, melakukan kebajikan, bekerja dan membaca Alkitab sebab Roh Kudus sentiasa menyertai kita." 

Kehadiran di Malam Pentakosta pada 15 Sep 2019

(Diterjemahkan dari artikel Dayak Daily bertajuk, "Over 50,000 Christians Pray For Unity At Pentecostal Night" yang ditulis oleh Nancy Nais bertarikh 15 September 2019)