Perdana Menteri berkata, perkara itu adalah antara penemuan utama Banci Penduduk dan Perumahan 2020.
Katanya, daripada penemuan itu juga jumlah penduduk mengikut
kewarganegaraan menunjukkan 29.8 juta atau 91.7 peratus adalah warganegara dan
2.7 juta bukan warganegara.
Populasi Malaysia mengikut kewarganegaraan |
Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk
Seri Mohd Shafiq Abdullah dan Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir
Mahidin.
Banci Malaysia 2020 adalah banci yang keenam dan ia
dilaksanakan melalui pewartaan Arahan Banci dan Pelantikan Pesuruhjaya Banci
pada 11 Februari 2020.
Perdana Menteri berkata, daripada jumlah penduduk itu, seramai 52.3 peratus penduduk di Malaysia adalah lelaki manakala 47.7 peratus wanita, dengan nisbah jantina adalah 110 lelaki berbanding 100 wanita.
Populasi Malaysia mengikut jantina |
"Bagi statistik mengikut etnik, penduduk Bumiputera mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 69.4 peratus, diikuti etnik Cina (23.2 peratus), India ( 6.7 peratus) dan lain-lain ( 0.7 peratus)," katanya.
Populasi Malaysia mengikut kumpulan etnik |
"Jumlah itu meningkat berbanding pada tahun 2010 yang mencatatkan 2.2 juta penduduk atau 8.0 peratus.
Populasi Malaysia mengikut umur |
Ismail Sabri menegaskan, penemuan Banci 2020 akan dijadikan tanda aras baharu untuk kerajaan menggariskan dasar yang berkaitan dalam pembangunan kesejahteraan rakyat.
"Di samping itu ini dapat memberikan input yang
menyeluruh dalam pelaksanaan dasar sedia ada seperti Wawasan Kemakmuran Bersama
2030, Rancangan Malaysia Ke-12 dan Agenda 2030 Pembangunan Mampan (SDGs),"
katanya.
Beliau menjelaskan, statistik Banci Penduduk dan Perumahan
dapat memberi gambaran sebenar mengenai situasi kependudukan semasa Malaysia
termasuklah saiz, taburan, komposisi dan ciri sosioekonomi penduduk serta
perumahan.
Populasi Malaysia - bandar dan luar bandar |
"Di sinilah bagaimana kerajaan dapat menyalurkan
bantuan kewangan kepada rakyat yang layak dan memerlukan seperti menangani
jurang pendapatan dan kekayaan rakyat yang semakin melebar, membasmi kemiskinan
dan mengurus kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40),
termasuk golongan mudah terjejas (rentan ekonomi) dan terpinggir.
"Di sini, Jabatan Perangkaan juga bertanggungjawab
dalam mengeluarkan pengiraan kumpulan isi rumah berpendapatan mengikut kategori
B40, M40 dan T20.
Kumpulan sasar seperti warga emas dan golongan kurang upaya
turut tidak akan terkecuali menikmati limpahan kesejahteraan ini,"
katanya.
Populasi Malaysia - jumlah dan saiz isi rumah |
Katanya, data banci juga akan digunakan untuk pengiraan
pendapatan perkapita, penggubalan dasar warga emas dan perancangan sosial.
(Diambil daripada artikel Berita Harian bertajuk, "Penduduk Malaysia Kini 32.4 Juta" yang ditulis oleh Rohaniza Idris bertarikh 14 Februari 2022)
----------------------