Rakamannya tetap menjadi contoh inspirasi bagaimana kita memuliakan Tuhan dengan menggunakan pemberian, kemudian berkongsinya. Petrus menggesa orang Kristian menggunakan kurnia-kurnia dengan baik dalam suratnya kepada orang-orang percaya pada abad pertama. Mereka dianiayai kerana menyembah Yesus, dan bukan Kaisar. Mereka dicabar supaya fokus kepada Tuhan dengan menggunakan kurnia rohani mereka. “Sesiapa yang menyampaikan perkhabaran, harus menyampaikan perkhabaran daripada Allah” (1 Petrus 4:11). Kita dapat mengembangkan semua kurnia “supaya dalam segala hal Allah dimuliakan melalui Yesus Kristus.”
Suchet mempersembahkan bakatnya kepada Tuhan. Kita juga
boleh melakukan perkara yang sama. Apa pun yang diberikan Tuhan kepada anda,
gunakanlah dengan baik untuk kemuliaan-Nya.
(Diambil daripada artikel Pedoman Harian bertajuk "Menggunakan Kurnia Kita" oleh Patricia Rayborn bertarkh 2 Mac 2022)