Saya tahu ada banyak rancangan bacaan Alkitab yang ada di pasaran, kebanyakannya percuma, yang boleh digunakan termasuk yang tersedia secara online. Saya fikir semua rancangan itu baik.
Cuma saya sendiri sukar untuk secara konsisten membaca mengikut pelbagai program bacaan Alkitab dalam setahun yang sedia ada.
Tambah lagi saya tahu bahawa kita perlu membaca lebih kurang 3 atau 4 fasal setiap hari untuk habis membaca Alkitab dalam setahun.
Jadi, apabila saya terhenti membaca untuk dua hari umpamanya, saya akan ketinggalan bacaan sebanyak 7 fasal, dan perlu mengejar balik bacaan yang tertinggal uutuk menyelesaikan bacaan Alkitab dalam setahun.
Baru-baru ini saya telah meletakkan matlamat baru untuk diri saya, yang mungkin lebih bersesuaian dengan saya. Saya meletakkan matlamat membaca satu fasal Alkitab dalam sehari. Ini tentunya bererti saya tidak akan selesai membaca seluruh Alkitab dalam setahun, tetapi matlamat saya bukanlah itu. Matlamat saya adalah untuk membaca Alkitab setiap hari, dan saya rasa saya lebih mudah meletakkan sasaran 1 fasal dalam sehari daripada meletakkan sasaran yang lebih tinggi yang saya tidak dapat lakukan secara konsisten.
Terdapat 1,189 fasal dalam Alkitab (929 di Perjanjian Lama dan 260 di Perjanjian Baru). Jika saya membaca 1 fasal dalam sehari, saya akan selesai membaca seluruh Alkitab dalam 3 tahun dan 3 bulan! Dan jika sekali-sekala saya membaca lebih dari 1 fasal sehari, saya akan mengurangkan tempoh bacaan saya. Sekali lagi, matlamat saya bukan untuk selesai membaca seluruh Alkitab dalam setahun tetapi untuk membaca Alkitab setiap hari sebagai amalan yang sihat dan membina kehidupan rohani saya.
Nota: Ini adalah mengenai rancangan atau program bacaan Alkitab saya. Ini tiada berkenaan dengan bacaan Alkitab yang saya lakukan semasa Saat Teduh. Semasa Saat Teduh, saya suka hanya membaca satu perikop atau petikan Alkitab sahaja dan merenungkannya, dan kemudian mencatit apa yang saya pelajari dari situ. Program bacaan harian Alkitab ini adalah program yang berasingan dari Saat Teduh yang saya jalankan.
(Oleh kerana saya hanya membaca satu perikop atau satu petikan Alkitab sahaja untuk Saat Teduh, saya fikir adalah amat sesuai saya gandingkan itu dengan rancangan Bacaan 1 Fasal Alkitab dalam sehari, sebagai pelengkap kepada Saat Teduh saya).
Jadi blog saya yang ini adalah untuk diri saya sebenarnya, untuk merekod dan menjejak prestasi bacaan saya dan untuk melihat samada saya dapat menjalankan rancangan bacaan saya.
Saya telah mulakan bacaan saya pada 10 Jun 2022 seperti berikut:
10 Jun - KPR 1
11 Jun - KPR 2
12 Jun (Ahad) - Tiada bacaan
Saya terlupa membaca hari Ahad sebab awal pagi sudah keluar rumah untuk ke gereja. Dan kemudian selepas ibadah di gereja pun sudah lupa melakukan bacaan saya.
13 Jun - KPR 3
14 Jun - KPR 4
15 Jun - KPR 5
16 Jun - KPR 6
17 Jun - KPR 7
18 Jun - KPR 8
19 Jun (Ahad ) - Tiada bacaan
Sekali lagi pada Ahad saya terlupa bacaan saya.
20 Jun - KPR 9
21 Jun - KPR 10 (separuh)
22 Jun - KPR 10 (selesai baca)
Pada 21 Jun, terganggu semasa bacaan, oleh itu tak habis baca. Kemudian terlupa sehingga hari esoknya, barulah menyedari dan menghabiskan bacaan fasal 10.
23 Jun - KPR 11
24 Jun - KPR 12
25 Jun - Tiada bacaan
Malam sebelumnya tidur lewat untuk menyiapkan artikel baru untuk Kurnia2 Roh Kudus, lepas itu pada pagi 25 Jun, bergegas ke tempat kerja, lupa membuat bacaan.
26 Jun (Ahad) - Tiada bacaan
Saya lebih kurang sudah menerima bahawa saya kemungkinan tidak akan membuat bacaan pada hari Ahad, sebab pada pagi Ahad, biasanya pemikiran saya mengfokus kepada pelayanan khutbah.
27 Jun - KPR 13
28 Jun - KPR 14
29 Jun - KPR 15
30 Jun - KPR 16
1 Julai - KPR 17
2 Julai - KPR 18-19
3 Julai (Ahad) - Tiada bacaan
4 Julai - KPR 20
5 Julai - KPR 21
6 Julai - KPR 22-23
7 Julai - KPR 24
8 Julai - KPR 25-26
9 Julai - KPR 27
10 Julai (Ahad) - Tiada bacaan
11 Julai - KPR 28
Saya sudah selesai membaca Kisah Para Rasul mengikut pelan Membaca 1 Fasal Alkitab Dalam Sehari. Memang saya dulu pernah membaca seluruh Kisah Para Rasul tetapi pada kadar yang lebih cepat, kadang-kadang banyak fasal dalam sehari. Tapi kali ini apabila saya membaca dengan lebih perlahan, iaitu satu atau kadang-kadang dua fasal sehari, saya dapat lebih menghayati kisah yang terkandung dalam KPR. Saya dapat rasakan seperti sedang hidup dalam Kisah Para Rasul selama 30 hari yang lepas kerana setiap hari saya sedang mengikuti kisah daripadanya. Jadi membaca satu fasal sehari ada faedahnya.
Selepas ini, saya merancang membaca dari kitab Kejadian...