Nik Wallenda berlatih di atas tali tegang dekat Grand Canyon |
Nik Wallenda percaya tiada hal yang mustahil. Oleh itu dia akan menyeberangi Grand Canyon sejauh 1,400 kaki di atas tali tegang lebih 1,500 kaki di udara - tanpa memakai jaket dengan tali keselamatan.
Cubaan berbahaya yang dijadualkan hari ini (23 Jun 2013 waktu Amerika) bukanlah satu-satunya cubaan berbahaya akrobat ini, Wallenda adalah generasi ketujuh keluarga sarkis "The Flying Wallendas", dia juga telah mencipta rekod sebagai orang yang julung-julung kali menyeberangi Air Terjun Niagara di atas tali pada Jun 2012 - sambil memakai rantai bersalib di luar bajunya dan mengisytiharkan imannya dalam Kristus.
Berikut ini bahagian pertama temubual Christianity Today dengan Nik Wallenda sebelum cubaannya menyeberangi Grand Canyon baru-baru ini;
Bilakah anda membuat keputusan menjadi seorang pejalan tali tegang?
Moyangku Karl Wallenda, adalah inspirasi amat besar bagiku. Aku pernah memikirkan kerjaya lain, dan melayan idea untuk memasuki kolej. Pada satu ketika, industri ini kelihatan akan pupus, tetapi kemudian keluargaku pergi ke Detroit dan mereka-bentuk semula piramid di mana keluargaku telah terjatuh pada 1962. Minat pihak media sangat menakjubkan. Pada ketika itu, aku sedar bahawa industri ini bukan pupus, ianya hanya berubah. Kita perlu beubah mengikut zaman dan itulah yang telah kulakukan selama ini.
Bercakap tentang moyangmu dan kejatuhan keluargamu pada 1962, adalah amat jelas bahawa kegagalan adalah sebahagian daripada hidup yang tidak dapat dielakkan. Bagaimanakah anda mengatasi rasa takut akan kegagalan dan bertahan dalam keadaan yang sukar?
Aku selalu memberikan autograf dengan kata-kata "Never give up" (Jangan berputus asa) sebab itulah tiga perkataan yang menjadi prinsip hidupku. Walau apapun yang kuhadapi dan apapun cabaran yang mendatang, aku tidak pernah berputus asa. Untuk menyeberangi Air Terjun Niagara musim panas yang lepas, kami perlu mengubah dua undang-undang, satu di Amerika Syarikat dan satu di Kanada yang berusia lebih 100 tahun. Kami perlu mendapat keizinan kerajaan untuk melakukan penyeberangan itu, dan banyak kali mereka menolak permintaan kami.
Tetapi aku percaya dalam mengejar impianmu dan selalu menfokus kepada yang positif. Itulah yang aku pilih untuk lakukan pada ketika itu. Pada akhirnya aku berjaya mengatasi halangan dan dapat mencapai suatu impian sepanjang hidup yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapapun. Beberapa orang telah mencuba. Sebahagian daripada pejalan tali tegang terbaik dunia telah mencuba mendapat keizinan sepanjang 100 tahun yang lepas tetapi tidak berjaya. Jika anda menumpukan perhatian kepadanya, berlatih cukup kuat, cukup berfokus, anda boleh mencapai apapun dalam kehidupan, tidak kira siapapun anda. Begitu ramai orang kehilangan impian mereka kerana seseorang dalam hidup mereka, ataupun mereka sendiri... telah memberitahu diri mereka bahawa mereka tidak dapat melakukannya. Aku berharap apabila orang melihat apa yang aku lakukan, itu akan memberi inspirasi kepada mereka bahawa tiada hal yang mustahil.
Apakah peranan iman di dalam hidupmu?
Iman memain peranan amat penting dalam hidupku, dan aku rasa sangat diberkati dalam hidupku. Salah satu soalan yang selalu ditujukan padaku ialah, "Adakah anda menguji imanmu / adakah anda menguji Tuhan?" Aku tidak punya pandangan seperti itu langsung. Aku tidak percaya bahawa Tuhan yang mengekalkanku di atas tali.
Aku percaya bahawa Tuhan telah memberiku keupayaan yang unik untuk berjalan di atas tali, dan terserah padaku untuk berlatih dengan betul. Terdapat ramai orang yang mempunyai hubungan yang sungguh akrab dengan Kristus tetapi kehilangan nyawa dalam kemalangan jalanraya. Adakah itu bererti mereka tidak mempunyai hubungan yang cukup baik dengan Tuhan? Tidak. Itulah sebahagian daripada kehidupan dan Tuhan telah menciptakan kita menurut gambarannya, tetapi kita adalah peribadi-peribadi yang berbeza. Kita bukanlah robot. Kita membuat keputusan sendiri.
Jadi aku fikir bahawa aku bukan menguji Tuhan. Dan juga bukan Tuhan yang mengekalkan aku di atas tali, tetapi aku tahu dengan pastinya ke mana aku akan pergi sekiranya aku terjatuh dan kehilangan nyawa.
Apakah langkah-langkah keselamatan yang anda akan ambil untuk penyeberangan ini?
Aku tidak akan pakai jaket dengan tali keselamatan, tetapi akan ada pasukan penyelamat yang sudah bersiap sedia sekiranya apa-apa kecemasan berlaku. Kuasa graviti menarik kita ke bawah, jadi sekiranya sesuatu berlaku, aku akan menangkap tali tegang itu, sesuatu yang telah kulatih sepanjang hidupku. Kemudian aku akan bergantung dan menunggu pertolongan tiba. Itu bukan lama, lebih kurang 60 saat dari manapun aku berada di tali itu.
NIk Wallenda mendapat inspirasi menjadi pejalan tali tegang dari moyangnya |
Moyangku Karl Wallenda, adalah inspirasi amat besar bagiku. Aku pernah memikirkan kerjaya lain, dan melayan idea untuk memasuki kolej. Pada satu ketika, industri ini kelihatan akan pupus, tetapi kemudian keluargaku pergi ke Detroit dan mereka-bentuk semula piramid di mana keluargaku telah terjatuh pada 1962. Minat pihak media sangat menakjubkan. Pada ketika itu, aku sedar bahawa industri ini bukan pupus, ianya hanya berubah. Kita perlu beubah mengikut zaman dan itulah yang telah kulakukan selama ini.
Bercakap tentang moyangmu dan kejatuhan keluargamu pada 1962, adalah amat jelas bahawa kegagalan adalah sebahagian daripada hidup yang tidak dapat dielakkan. Bagaimanakah anda mengatasi rasa takut akan kegagalan dan bertahan dalam keadaan yang sukar?
Aku selalu memberikan autograf dengan kata-kata "Never give up" (Jangan berputus asa) sebab itulah tiga perkataan yang menjadi prinsip hidupku. Walau apapun yang kuhadapi dan apapun cabaran yang mendatang, aku tidak pernah berputus asa. Untuk menyeberangi Air Terjun Niagara musim panas yang lepas, kami perlu mengubah dua undang-undang, satu di Amerika Syarikat dan satu di Kanada yang berusia lebih 100 tahun. Kami perlu mendapat keizinan kerajaan untuk melakukan penyeberangan itu, dan banyak kali mereka menolak permintaan kami.
Nik Wallenda mencipta rekod sebagai orang pertama menyeberangi Air Terjun Niagara di atas tali tegang pada Jun 2012 (menggunakan jaket dengan tali keselamatan) |
Tetapi aku percaya dalam mengejar impianmu dan selalu menfokus kepada yang positif. Itulah yang aku pilih untuk lakukan pada ketika itu. Pada akhirnya aku berjaya mengatasi halangan dan dapat mencapai suatu impian sepanjang hidup yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapapun. Beberapa orang telah mencuba. Sebahagian daripada pejalan tali tegang terbaik dunia telah mencuba mendapat keizinan sepanjang 100 tahun yang lepas tetapi tidak berjaya. Jika anda menumpukan perhatian kepadanya, berlatih cukup kuat, cukup berfokus, anda boleh mencapai apapun dalam kehidupan, tidak kira siapapun anda. Begitu ramai orang kehilangan impian mereka kerana seseorang dalam hidup mereka, ataupun mereka sendiri... telah memberitahu diri mereka bahawa mereka tidak dapat melakukannya. Aku berharap apabila orang melihat apa yang aku lakukan, itu akan memberi inspirasi kepada mereka bahawa tiada hal yang mustahil.
Apakah peranan iman di dalam hidupmu?
Iman memain peranan amat penting dalam hidupku, dan aku rasa sangat diberkati dalam hidupku. Salah satu soalan yang selalu ditujukan padaku ialah, "Adakah anda menguji imanmu / adakah anda menguji Tuhan?" Aku tidak punya pandangan seperti itu langsung. Aku tidak percaya bahawa Tuhan yang mengekalkanku di atas tali.
"Tuhan telah memberiku keupayaan yang unik... terserah padaku untuk berlatih dengan betul" |