Isnin, 24 Jun 2013

Nik Wallenda - Pejalan Tali Tegang Terkemuka Di Dunia (Bahagian 2)

Nik Wallenda berlatih di atas tali tegang dekat Grand Canyon

Bahagian Kedua - Temuramah Christianity Today dengan Nik Wallenda;

Nik Wallenda percaya tiada hal yang mustahil. Oleh itu dia akan menyeberangi Grand Canyon hari ini (23 Jun 2013 waktu Amerika) sejauh 1,400 kaki di atas tali tegang lebih 1,500 kaki di udara - tanpa memakai jaket dengan tali keselamatan.

Bagaimanakah anda berlatih untuk acara seperti ini?

Pada saat ini aku berlatih dengan menandatangan autograf-autograf pada buku! [ketawa] Berlatih untuk acara ini, sebenarnya aku telah mula berlatih apabila aku mula berjalan di atas tali pada usia dua tahun. Tetapi untuk acara khusus ini, aku akan berlatih di kampung halamanku di Sarasota, Florida, di atas kabel yang hampir sama panjang tetapi dekat ke tanah. Aku akan membuat simulasi tiupan angin, pergerakan angin dari atas dan dari tepi, untuk mendapatkan rasa kesan pergerakan kabel itu. Kabel itu seakan-akan bernyawa dan bergerak di bawah kakiku.

Untuk persiapan mental, yang paling penting ialah fokus dan secara mental melihat diriku berjalan menyeberangi gaung itu. Sewaktu berlatih, aku membayangkan diriku sedang menyeberangi Grand Canyon, dan kemudian apabila aku benar-benar menyeberangi Grand Canyon, aku membayangkan diriku sedang kembali berlatih. Persiapan mental ialah berada di atas tali itu dan mengetahui aku boleh bertahan menghadapi tiupan angin dan pergerakan-pergerakan angin.


Persiapan fizikal dan mental amat penting untuk acara berjalan di atas tali tegang

Pastinya sukar bagi keluarga anda melihat anda di atas tali itu. apakah reaksi isteri dan anak-anak anda terhadap kecenderungan anda terhadap kebahayaan? 

Mereka sangat menyokong - mereka memahaminya. Anak-anakku membesar sambil melihatnya. Itu saja yang mereka lihat ayah mereka lakukan, jadi mereka sudah biasa dengan itu. Isteriku datang dari lapan generasi keluarga sarkis, jadi dia benar-benar percaya dengan apa yang aku lakukan dan mempunyai kesukaan yang sama. Sebenarnya, dia sering berjalan di atas tali di sampingku. Ketiga-tiga anakku - 15, 12, dan 10 tahun - boleh berjalan di atas tali dan mahir melakukannya. Tiada seorang dari mereka yang mahu melakukannya sebagai kerjaya dan itu tidak menjadi masalah bagiku.

Adakah anda dibesarkan dalam keluarga Kristian? Bagaimanakah kehidupan iman di dalam sarkis?

Tentu sekali. Pada waktu dahulu, kami selalu mendapat khutbah dalam bentuk kaset. Gereja setempat kami selalu merakam khutbah mereka dan mengirimkannya kepada kami. Sambil kami dalam perjalanan, mereka akan mengirimkannya kepada kami di mana kami berada. Itulah caranya kami beribadah - sambil kami menjelajah dalam kediaman treler kami.

Membuat pertunjukan ialah kehidupan yang menarik. Aku dapat menjelajah dan melihat dunia. Banyak impian seperti menyeberangi Grand Canyon dan Air Terjun Niagara datang kepadaku semasa aku menjelajah dan melawat tempat-tempat itu. Kebanyakan anak muda tidak dapat melawat semua tempat-tempat itu, tetapi aku telah menjelajah ke seluruh Amerika setiba umur 15 tahunku.


Nik Wallenda semasa kecil bersama kakaknya

Apakah ayat kegemaran anda dalam Alkitab?

Amsal 3:5-6: Percayalah kepada Tuhan dengan segenap hatimu, dan janganlah bersandar kepada pengertianmu sendiri. Akuilah Dia dalam segala lakumu maka Ia akan meluruskan jalanmu."

Tuhan akan memenuhi segala keinginan hatimu. Itu ayat yang penting bagiku, terutama bahagian yang mengatakan janganlah bersandar kepada pengertianmu sendiri. Aku berpendapat kebanyakan kita sebagai manusia mahu menggunakan akal fikiran, dan kita sering memberitahu diri bahawa kita tidak dapat mencapai impian kita. Tetapi jika Tuhan telah meletakkan rencana-Nya dalam hati kita, Dia akan menolong kita mencapainya, selagi kita melakukannya menurut Firman-Nya - selagi kita berusaha dan tidak berputus asa.

Pada masa depan yang lama lagi, apabila hidup anda berakhir, apakah yang anda ingin orang ingat tentang anda?

Harapnya sebagai teladan yang luar biasa menginspirasikan, Aku berusaha hidup dengan benar tetapi aku juga melakukan kesilapan seperti orang lain. Aku fikir itulah sebabnya ramai orang boleh mengertiku sebab aku masih manusia. Aku fikir kadang-kadang orang-orang Kristian menampilkan diri seperti kita lebih baik dari orang lain.

Buku Nik berjudul "Balance"
Aku berharap orang akan melihat aku sebagai teladan yang baik, tapi ya, dia melakukan kesilapan, dan ya, dia melakukan kesalahan, tapi bezanya dia telah menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat. Alkitab mengatakan bahawa, "Jika kamu mengaku Aku di depan manusia, Aku juga akan mengaku kamu di depan Bapaku." Itu penting bagiku - bahawa orang akan melihatku sebagai manusia, dan bahawa mereka dapat melihat kesilapanku. Jika anda membaca bukuku "Balance", ianya mengisahkan tentang kesilapanku, pergelutanku dengan ego, pergumulanku dalam membesarkan anak-anak, dan menjadi seorang ayah dan suami - juga masalah rumahtangga. Faktanya ialah, lihat, aku manusia, aku melakukan kesilapan seperti orang lain, dan aku berterima kasih kepada Tuhan kerana kasih karunia-Nya. Itulah satu-satunya sebab aku ada di sini hari ini.

(Dipetik dan diterjemah daripada artikel Christianity Today bertajuk "Walking by Faith Across a Grand Canyon Tightrope" bertarikh 21 Jun 2013 penulisan Allison J. Althoff)

Mukasurat     < Sebelum     1    |     2